Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

‘Sistem Dua Barisan’: Taktik untuk memecahkan hegemoni Umno/BN


(Lee Ban Chen) Pilihan raya umum (PRU) dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Regim Najib sangat giat menggunakan dwi-taktik agar berjaya mempertahankan kedudukan pemerintahannya yang semakin dicabar.

Pertama, melalui taktik merampas secara haram pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Perak diikuti dengan niat hendak menumbangkan kerajaan di Selangor, disamping usaha untuk menewaskan Anwar melalui kes sodomi dan memfitnah Anwar sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu, agama Islam dan Sultan.

Kedua, ialah melalui taktik membentuk imej Najib dan Umno yang kononnya mengutamakan pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan hubungan antara kaum melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), kempen ‘Satu Malaysia’ dan sebagainya.
Konsep ‘Sistem Dua Barisan’ padahal dikemuka dan dipromosi oleh  Jawatankuasa Hak Rakyat Pertubuhan Cina di bawah 15 pertubuhan pimpinan masyarakat Cina pada tahun 1986. Tujuannya adalah untuk menghancurkan ’mitos kekebalan Umno dan Barisan Nasional’.
Konsep ini merupakan suatu taktik bertujuan menegakkan demokrasi di negara kita melalui kaedah ‘pertukaran rejim’ yang harus diwujudkan terlebih dahulu. Ia gagal direalisasikan, sungguhpun usaha telah dilakukan secara konsisten dan berterusan semenjak PRU tahun 1986.
Bagaimanapun, rangka Sistem Dua Barisan, iaitu Barisan Nasional dan Barisan Pakatan Rakyat  pun terbentuk akibat tsunami politik pada PRU ke-12 . Di negara kita, pra-syarat untuk ‘pertukaran rejim’ ialah dengan menggantikan Barisan Nasional (BN). Syarat wajib untuk reformasi politik ialah dengan menamatkan rejim BN yang diktator, reput dan perkauman yang telah memerintah selama lebih dari separuh abad.
Dalam keadaan ‘Sistem Dua Barisan’ yang semakin mendapat sokongan, segala kritikan dengan wajah ‘political correct’, ‘kiri’ atau ’progresif’ bahawa PR dan BN tidak berbeza daripada Pepsi Cola dan Coca Cola pada realitinya hanya akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan rakyat yang akan  mengakibatkan kesinambungan pemerintahan diktator BN.
PRU akan datang pastinya paling hebat bagi kedua-dua pihak. Menurut statistik, sekiranya PR memperolehi bilangan undi lebih 6% daripada PRU yang lalu, PR akan mengalahkan BN dengan majoriti mudah melalui jumlah bilangan kerusi di Parlimen. Segala cabaran dan kegagalan yang menimpa PR buat masa ini, termasuk sekalipun Anwar dipenjarakan adalah buat sementara sahaja. Asalkan pemimpin, kader, akar umbi dan penyokong PR pelbagai bangsa berpegang teguh dengan pendirian dan terus berjuang, lambat laun ‘pertukaran rejim’ pasti akan berlaku.

Tinjauan pendirian ‘neutral’: Pertukaran arah politik pertubuhan Cina Pada tahun 1986 dan 1990, Jawatankuasa Hak Rakyat Pertubuhan Cina di bawah 15 Pertubuhan Cina terus mempromosikan konsep ‘Sistem Dua Barisan’. Demi menyokong seruan ‘Menguatkan Parti Pembangkang, Mempromosi Sistem Dua Barisan’ yang diajukan jawatankuasa tersebut, pada tahun 1990 pengerusi Dong Zong, Lim Fong Seng memimpin 26 orang aktivis gerakan pendidikan bahasa Cina untuk menyertai DAP. Namun, pada peringkat kritikal menjelang PRU ke-13, bila kebanyakan pengundi Cina telah makin menunjukkan sokongan kepada Sistem Dua Barisan, mengapakah pertubuhan pinpiman Cina sebaliknya tinggal di belakang dan menjadi ‘ekor kepada massa’?

Sebenarnya pada awal 90-an lagi, aktiviti Jawatankuasa Hak Rakyat Pertubuhan Cina telah ditindas dan beku oleh pimpinan Pertubuhan Nasional Dewan Masyarakat Cina se-Malaysia (badan bekas Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau dikenali sebagai Hua Zong) atas alasan bahawa ia tidak sah dari undang-undang, masalah operasi dan sebagainya.

Bagaimanapun, Dong Jiao Zong yang masih mempertahankan pendirian pendidikan bahasa ibunda dan hak rakyat telah memimpin pertubuhan-pertubuhan Cina untuk mengemukakan tuntutan pilihanraya pada tahun 1999. BN kemudiannya memaksa jawatankuasa tuntutan pilihanraya tersebut atau dikenali sebagai ‘Suqiu’ mengenepikan isi kandungan tuntutan tertentu.

Tragedi pertubuhan Cina yang akur kepada tekanan rejim BN atas isu ‘Suqiu’ telah memberi kesan yang buruk sehinggakan pada tahun 2004, Dong Jiao Zong mengambil pendirian ‘neutral’ dengan tidak mengemukakan sebarang tuntutan.

Ini sebenarnya adalah tindakan berkompromi dari meneruskan tradisi berani berjuang dan semangat mempertahankan pendidikan bahasa ibunda dan hak rakyat pada waktu yang kritikal, semenjak zaman tokoh berwibawa seperti Lim Lian Geok, Sim Miow Yu dan Lim Fong Seng. Dong Zong kini tidak mempromosi ‘Sistem Dua Barisan’ lagi Dong Zong meneruskan pendirian politik tersebut apabila Yap Sin Tian menjadi pengerusinya pada tahun 2005.
Beliau yang juga pengerusi Lembaga Senat Kolej Era Baru (NEC) sebelum PRU ke-12 memeterai perjanjian ’memorandum menggerakkan semula kerja pembinaan’ dengan Hong Leong Group, dengan disaksikan oleh pemimpin MCA dan Menteri Besar Selangor.
Selanjutnya, Yap Sin Tian mengambil inisiatif untuk ‘menyingkirkan’
Ketua Eksekutif Dong Zong, Bock Tai Hee dan Pengetua Kolej New Era, Dr.
Kua Kia Soong dan ahli-ahli pasukan mereka atas alasan pentadbiran. Tindakan tersebut mendatangkan reaksi dan tentangan besar, sehingga menyebabkan pemecah-belahan di kalangan aktivis pendidikan Cina  dan bekas aktivis kiri masyarakat Cina.

Tindakan itu sama seperti yang dilakukan oleh pimpinan Pertubuhan Nasional Dewan Masyarakat Cina se-Malaysia pada awal tahun 90-an dan tindakan pengerusi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) yang membubarkan jawatankuasa ‘A 20 Year Plan of Action for Malaysia’ pada
Disember 2010.

Kesemua tindakan tersebut tiada perbezaan dari segi motif tersirat,
iaitu berkompromi dengan agenda pemerintah. Kesan buruk tindakan Yap Sin Tian, seorang pemimpin yang berasal dari akar umbi dan gerakan kiri dalam menyingkirkan kekuatan progresif dalam gerakan pendidikan bahasa Cina adalah memdalam dan berpanjangan.

‘Melampaui Parti Politik’ bukan alasan melarikan diri dari politik Demi mempertahankan pendirian beliau, Yap Sin Tian menuduh bahawa pihak
pengkritik cuba ‘memparti-politikkan’ Dong Zong  dan menyekutukannya
dengan parti politik tertentu.

Tuduhan ini tidak benar kerana sejak mula-mula lagi, ‘Sistem Dua Barisan’ dikemukakan dan dipromosi atas cogan kata: ‘Melampaui Parti Politik, Bukannya Melampaui Politik’. Tindakan pertubuhan Cina mempromosi sistem tersebut menunjukkan keprihatinan terhadap politik, tetapi bukanlah bermaksud hendak mengubah sifat pertubuhan Cina menjadi parti politik atau menggabungkan
pertubuhan Cina dengan parti politik tertentu sehingga hilang kebebasan
diri. Pemimpin Dong Zong dikritik kerana mengambil pendirian ‘neutral’ dalam
politik dan tidak mengemukakan sebarang tuntutan.

Tindakan ‘melarikan diri dari politik’ ini mengakibatkan pendirian pertubuhan Cina berubah dari mempromosi ‘Sistem Dua Barisan’ kepada ‘neutral’ malah ‘Menyokong Pihak Pemerintah’, sehingga ‘Sistem Dua Barisan’ menjadi ‘bayi yang
terbuang’ daripada pertubuhan Cina.

Keputusan PRU-12, pilihanraya-pilihanraya kecil dan juga reaksi masyarakat umum, menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap ‘Sistem Dua Barisan’ semakin jelas.
Sekiranya pertubuhan Cina masih mengambil pendirian neutral, bukankah mereka sudah ketinggalan di belakang pengundi cina dan menjadi ‘ekor kepada massa’, sehingga menjadi halangan kepada kemaraan “Sistem Dua
Barisan” yang dikemuka dan dipromosi mereka selama ini? Persoalan penting: Siapakah yang akan menampilkan diri? Dalam keadaan Dong Jiao Zong yang ‘neutral’, tidak pelik sekiranya pertubuhan-pertubuhan Cina yang kononnya mewakili masyarakat Cina akan menari mengikut rentak  ’Satu Malaysia’ untuk memberi impresi palsu bahawa ‘masyarakat Cina telah menyokong BN’.

Justeru, masyarakat Cina harus berjaga-jaga, supaya hak perwakilan
mereka tidak dihijack oleh mana-mana pihak. Sokongan masyarakat Cina terhadap ‘Sistem Dua Barisan’, serta keperluan  pertukaran rejim adalah jelas. Hasrat ini harus disampaikan dan dipromosi melalui taktik dan tindakan yang sesuai tanpa diputarbelitkan. Pimpinan pertubuhan-pertubuhan Cina, besar atau kecil, perlu berani menampilkan diri pada waktu yang kritikal ini, bergembling tenaga dengan bangsa-bangsa yang lain untuk merealisasikan impian ‘Sistem Dua Barisan’ demi  pendemokrasian sistem politik negara kita!

*Ringkasan diselaraskan oleh Choo Shinn Chei berdasarkan artikel Lee Ban Chen yang bertajuk ‘Sistem Dua Barisan: Bayi Terbuang daripada Pertubuhan Cina?’ yang diterbit di Malaysiakini (halaman Mandarin) pada 24 Jan 2011.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8442
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular