Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Fitnah II: Lagi saksi pendakwa beri keterangan hari ini


KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II melibatkan Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersambung semula hari ini selepas bicara-dalam-bicara selesai semalam.

Dalam perbicaraan semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiga barang – botol mineral ‘Cactus’, tuala ‘Good Morning’ serta berus gigi - diperolehi melalui cara yang tidak adil dan tidak boleh diterima di mahkamah sebagai bukti.
Barang-barang tersebut diperolehi daripada lokap tempat Anwar ditahan
secara tidak sah selama sehari pada 16 Julai 2008.

Hari ini pendakwa memanggil beberapa lagi saksi untuk memberi keterangan
terhadap Anwar.

Mereka terdiri daripada Ketua Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ), Ahmad Junaidi Awang dan doktor Hospital Kuala Lumpur, DR
Razuin Rahimi yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital
Sungai Buloh.

Berikut adalah laporan langsung dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur:
8.57am: Anwar tiba bersama isteri beliau merangkap Presiden KEADILAN,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.00am: Ketua pasukan peguam bela, Karpal Singh tiba bersama Param
Cumaraswamy.

9.03am: Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Machang,
Saifuddin Nasution Ismail tiba di mahkamah.

9.04am: Mahkamah mula bersidang.
Saksi ke-22 pendakwa, Ketua Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ), Ahmad Junaidi Awang mengambil tempat di kandang saksi.
Beliau disoal balas DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

9.29am: Saksi pendakwa ke-23, Dr Razuin Rahimi mengambil tempat di
kandang saksi.

Menurutnya, beliau adalah seorang ahli patologi forensik di Hospital
Sungai Buloh sekarang.

9.33am: Menurut Dr Razuin, beliau menerima satu panggilan untuk
memeriksa seorang lelaki yang mengadu diliwat pada 28 Jun 2008.

Beliau menasihatkan agar laporan polis dibuat terlebih dahulu sebelum
beliau memeriksa lelaki itu.

9.37am: Saiful Bukhari Azlan muncul dari bilik saksi untuk dicam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8410
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular