Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 10, 2011

Lagi BN hina institiusi Raja



Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku perubahan pada rekabentuk dalaman Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa rekabentuk dalaman istana itu diubah dari konsep Raja-raja Melayu kepada konsep raja Eropah. - harakah

"Kenapa boleh berlaku perubahan? Ini satu penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

"Dalam suasana titah Tuanku mahu rakyat jangan persoal kedaulatan Raja-raja Melayu, sekarang kerajaan cuba mencemarkannya dengan menukar konsep hiasan dalaman istana negara," katanya kepada Harakahdaily.

Sambil menyifatkan perkara itu tidak wajar berlaku, Mahfuz berkata tindakan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa hiasan dalaman berkonsepkan raja-raja Melayu tidak mempunyai nilai tinggi.

"Sudah tentu perubahan ini menyebabkan penambahan kos.

"Saya nak tanya, berapa penambahan kos baru ini," soalnya lagi.

Sebelum ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan Istana Negara bertambah dari RM400 juta kepada RM800 juta.

Ianya termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong khoon Seng pada persidangan Jun tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan projek Kompleks Istana Negara itu dijangka siap Februari tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular