Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Buku Jingga sasar kadar guna tenaga wanita sehingga 60 %


KUALA LUMPUR: Buku Jingga mengangkat martabat wanita melalui peningkatan kadar guna tenaga ke tahap 60 peratus berbanding hanya 46 peratus sepanjang 20 tahun lalu, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

“Pemberdayaan wanita sebagai aset pembangunan manusiawi negara tidak wajar sekadar dinukil dalam dasar kerajaan semata-mata, sebaliknya  harus diterjemah melalui pelaksanaan yang konsisten dan komprehensif.
“KEADILAN dan Pakatan Rakyat memperkemas kelangsungan wanita sebagai ejen pembangunan manusiawi, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, katanya pada kenyataan media, hari ini.
Kenyataan itu dibuat Wam Azizah bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Sedunia ke-100 tahun ini.
Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut setiap 8 Mac, bersamaan dengan tsunami politik Malaysia pada 2008.
Tema sambutan kali ini ialah Akses Setara Untuk Pendidikan, Latihan, Sains dan Teknologi: Laluan Menuju Kerjaya Yang Sesuai Untuk Wanita’
Wan Azizah berkata, komitmen itu bukan mainan, sebaliknya sebagai pemuula dan pelengkap kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara adil dan demokratik.
Dalam kenyataan itu, beliau memberi contoh Nabi Muhammad saw yang memberi kepercayaan kepada seorang wanita, Khaulah al-Azwar untuk memimpin bala tentera wanita dalam pertempuran.
“Khaulah berperanan penting dalam Perang Yarmuk dengan kehandalannya menunggang kuda, bermain pedang dan bertempur menggunakan tombak.
“Jika dilihat, jarang sekali sisi seumpamanya diketengahkan khususnya dalam konteks mengupaya kebolehan wanita untuk mendepani cabaran.
“Demikianlah halnya jika diterjemah di dalam era sekarang, kepentingan wanita untuk terus menguasai keupayaan modal insan untuk terus mendepani cabaran,” kata Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8417
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular