Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 8, 2011

Media gambarkan PRK pertandingan satu penjuru

PARIT BUNTAR, 8 Mac: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau.

Beliau menambah, hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat kerana kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan sekian banyak pencabulan terhadap demokrasi dilakukan dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Umno BN bersungguh-sungguh menyampaikan khabar gembira kepada media bahawa kemenangan tersebut adalah petanda bahawa mereka telah memenangi semula hati pengundi Melayu di kawasan tersebut, tindakan ini mengelirukan dan bohong.
"Saya menafikan bahawa orang Melayu sudah kembali menyokong BN. PRK bukan gambaran yang sebenar dan kita tunggu PRU ke 13," katanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, BN tetap menafikan bahawa mereka menentang demokrasi yang lebih bebas di Malaysia  namun dalam masa yang sama Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen di TV mahupun radio walaupun seminit.
"Harapan saya rakyat pandai menilai pemberitaan yang sangat berat sebelah setiapkali ada PRK.
“Di TV3 dan RTM, rakyat hanya akan melihat calon BN sahaja yang berkempen, seolah-olah pertandingan satu penjuru sedang berlaku.
“Ini satu amalan pelik BN di kancah politik tanah air. Saya pasti rakyat yang punyai pertimbangan yang waras boleh menilai penipuan ini,” jelasnya.
Menurut Khalil Idham lagi, BN bakal mengulangi penipuan seperti itu pada PRU 13 nanti.
Beliau juga mengingatkan kepada rakyat supaya jangan memberi peluang terhadap sebarang bentuk pembohongan yang melibatkan hak warga Malaysia.
Katanya, rakyat berhak memilih pemimpin mereka berdasarkan perinsip demokrasi yang tulen dalam isu perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama.
“PRU 13 semakin hampir, gerakkan tenaga untuk menyebar maklumat serta fakta mengenai salah laku BN tersebut,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular