Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Berapa kos hantaran sms dan emel salam Najib kepada rakyat? : 发送新春贺词短讯予人民 ‧ 纳吉是否侵犯人民私隐?


Najib berkata ucapan ringkas peribadi beliau telah dihantar kepada 4 juta rakyat Malaysia?

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar ucapan Selamat Tahun Baru Cina melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel tidak melanggar sebarang Polisi Privasi syarikat telekomunikasi.
Malah beliau juga tidak mempunyai akses kepada data-data peribadi penerima.
Najib (gambar) dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata pejabatnya telah memastikan prinsip perlindungan maklumat peribadi dipatuhi tanpa kecuali, selain menghormati sepenuhnya terma dan syarat syarikat telekomunikasi.
“Ingin ditegaskan bahawa pada sebarang masa dan pada setiap tahap proses penghantaran mesej ini, pejabat Perdana Menteri tidak sesekali pernah mempunyai akses kepada sebarang maklumat yang bersifat peribadi kepada penerima,” katanya bagi menjawab soalan Teo yang ingin tahu sama ada tindakan itu telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia.
Selain itu Teo juga ingin tahu kos mengirim e-mel dan SMS ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada keluarga Perdana Menteri kepada rakyat dan bagaimana kerajaan pusat mendapat e-mel dan nombor telefon bimbit tersebut.
Najib berkata ucapan ringkas peribadi beliau telah dihantar kepada 4 juta rakyat Malaysia dengan kerjasama daripada tiga syarikat telekomunikasi utama iaitu Digi.Com Berhad, Maxis Berhad dan Celcom Berhad.
“Tiada sebarang kos yang dikenakan oleh ketiga-tiga syarikat tersebut, ucapan Perdana Menteri disebar luaskan dalam rangka memenuhi tanggungjawab sosial syarikat,” katanya.
Menerusi e-mel pula, sebanyak 1,255,528 rakyat Malaysia telah menerima ucapan peribadi Najib di mana alamat e-mel tersebut telah dikumpulkan melalui tiga pangkalan data iaitu Media Prima Berhad, Kementerian Pengajian Tinggi dan laman web www.1Malaysia.com.my.
Najib berkata kos yang dikenakan adalah 5 sen setiap e-emel, di mana dengan kos yang begitu minimum, beliau telah dapat mendekati lebih sejuta rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama.
Beliau berkata bagi menghormati prinsip perlindungan maklumat peribadi serta terma dan syarat ketiga-tiga pangkalan data, beliau tidak mempunyai akses kepada data-data peribadi.
“Kesemua e-mel telah dihantar setelah kesemua syarat dan terma diteliti dengan sepenuhnya dari ketiga-tiga pangkalan data untuk memastikan prinsip perlindungan peribadi tidak dilanggar,” katanya.
图片取自《中国报》
(吉隆坡8日讯)首相拿督斯里纳吉今日指出,他在通过手机短讯和电子邮件发送华人新春贺词给国人时,有尊重私人资料保护原则和遵守通讯公司和资料库规则,并强调其办公室不曾取得任何接收者的私人资料。
纳吉今日在国会下议院以书面方式回答行动党华都牙也区国会议员冯宝君和沙登区国会议员张念群的问题时,这样指出。冯宝君是询问首相在某个节庆中,是通过什么管道取得国人的私人电邮和手机号码来发送“一个马来西亚”贺词,以及涉及的成本、发出多少个讯息和是否有抵触私人资料保护原则。
纳吉指出,在今年的华人新春期间,使用手机短讯和电子邮件向国人发送贺词,是属于政府持续努力巩固国民团结、以及秉持“一个马来西亚,以民为本,立即表现” 理念下加强人民与政府之间关系的部份努力。
他说,这项做法让身为政府首长的他能够通过受欢迎和广泛的媒介来直接与人民分享各种族庆祝佳节的喜悦。
纳吉指出,他是通过3家通讯公司,即Digi.Com公司、明讯(Maxis Berhad)和天地通(Celcom Berhad)发送手机短讯给400万名大马人。这3家公司是以履行社会责任方式提供服务,因此无需任何成本。
他说,有关贺词在写好后直接交给这3家电讯公司发送出去,而首相办公室已确保保护私人资料原则获得遵守和通讯公司的条件和规则受到全面尊重。
“必须强调的是,不管在任何时候和在发送短讯的各个阶段中,首相办公室不曾取得接收者的任何私人资料。”
3管道收集125万邮址
(More......)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular