Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis


SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi  isu perkauman dan fitnah.

Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh perkauman.

“Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman. Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya menjauhi amalan ini,” kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas
mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.

Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.

Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat DAP, Lim Kit Siang berbunyi, “Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!”.

Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik kotor di kalangan penyokong parti.

“Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membuday akan fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita,”

katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media selepas laporan itu dibuat.

“Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.

“Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam perkara yang mengingkari titah Agong,” kata Nor Azizi.

Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.

“Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan dan keamanan negara.

“Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk menimbulkan kebencian rakyat,” kata Taufek.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8468
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular