Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 10, 2011

Zunar/ Malaysiakini saman KDN


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi menetapkan 27 April depan untuk memulakan
sidang cabaran kartunis Zunar dan portal web Malaysiakini mengenai pengharaman dua buah buku kartun politik.

Buku tersebut adalah 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun – kedua-duanya karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.
Pada 26 Julai tahun lalu, Zunar dan Malaysiakini sebagai penerbit memfailkan saman terhadap Kementerian Dalam Negeri yang sebelum itu mengharamkan buku tersebut atas alasan kandungannya ‘menjejas kenteraman awam’.
Zunar dan Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8519
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular