LUMPUR, 8 Mac — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berharap anggota jawatankuasa pusat parti itu, Dr Hsu Dar Ren menimbang semula keputusannya untuk keluar parti.

“Bagaimanapun, kita mesti menyedari sepenuhnya bahawa transformasi besar seperti itu akan mengambil masa untuk menghasilkan keputusan yang boleh dirasai dan membawa manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Koh (gambar) berkata begitu juga dengan perubahan politik, apabila terdapat pertukaran pendapat yang lebih terbuka dan ikhlas dalam lingkungan mesyuarat Barisan Nasional, Kabinet serta Exco negeri berhubung pelbagai isu.
Dr Hsu, seorang pengamal perubatan yang dipilih menganggotai jawatankuasa kepimpinan pusat Gerakan pada 2008, mengumumkan meletak semua jawatannya dalam Gerakan, termasuk sebagai anggota jawatankuasa pusat, anggota jawatankuasa perhubungan negeri Wilayah Persekutuan, pengerusi bahagian, pengerusi cawangan dan anggota biasa.
Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan akhbar yang dimuatkan dalam laman blognya hari ini.
Dr Hsu turut berkata beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik lain, sebaliknya akan terus bersuara menerusi penulisan dan blog mengenai pentingnya membina sebuah masyarakat yang adil dan saksama. — Bernama
Artikal Berkaitan :