Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 8, 2011

Selangor catat pengundi baru paling tinggi


KUALA LUMPUR, 8 Mac – Seramai 657,141 pengundi baru telah mendaftar sebagai pemilih sehingga suku ketiga tahun lepas.


Berdasarkan angka itu, jumlah pemilih berdaftar sehingga tempoh sama meningkat kepada 11,579,280 orang berbanding 10,922,139 semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam Sidang Rakyat hari ini.

Menurutnya, Selangor mencatatkan jumlah pengundi baru yang paling tinggi dengan 130,097 orang, diikuti Johor (87,235), Perak (70,780), Sarawak (59,282), Kelantan (49,246), Terengganu (43,387) dan Kedah (39,396).

Pulau Pinang mencatat seramai 39,261 pengundi baru, Pahang (36,700), Sabah (29,876), Negeri Sembilan (26,503), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (21,574), Melaka (18,431), Perlis (3,062), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,721) dan Wilayah Persekutuan Labuan (590).

Beliau menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular