Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 9, 2011

Fitnah II: Doktor HKL tidak pasti berlaku sodomi ke atas Saiful


KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari  Azlan.

Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu
menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan
pengadu sebagai ‘percubaan’ liwat.

Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti
didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak.

“Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai ‘berlaku’ seks
rektal,” katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital
Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam
cara, Karpal Singh.

Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang
meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam
borang proforma cuma tertulis ‘percubaan’.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.
Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?
Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.
Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?
Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?
Dr Razuin: (Senyap)
Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang
proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan  Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu di
kampungnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8413
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular