Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud menggila lagi. Kedengaran macam tak masuk akal, tapi inilah yang terjadi. Ketua Menteri yang diketahui umum selama ini merompak harta Sarawak melakukan tindakan seolah-olah bumi Sarawak sebagai hak milik mutlaknya.
Siapa yang dia tak suka dia boleh halau keluar dari Sarawak, siapa yang dia benci dia boleh halang dari masuk ke Sarawak. Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini, didakwa atas arahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud [Msian Insider].
Kezaliman dilakukan di depan batang hidung rakyat, tapi seperti biasa rakyat Sarawak tidak semua mendapat maklumat sebenar. Rakyat Sarawak akan terus diperbodohkan agar menyokong Barisan Nasional bagi membolehkan Taib Mahmud terus berkuasa dan terus merompak harta rakyat Sarawak.
Taib Mahmud bukan sahaja digeruni oleh rakyat Sarawak, malah Najib pun tak berani sentuh Taib Mahmud walaupun jelas di depan batang hidung Najib bagaimana Taib Mahmud yang sudah memerintah Sarawak selama 30 tahun mengayakan dirinya dan keluarga. Bagaimana Taib Mahmud bermewah mewahan dengan rompakan demi rompakan wang rakyat Sarawak.
Adakah Najib tak nampak semua ini? Adakah Najib tak tahu semua penyelewengan yang dilakukan oleh Taib Mahmud ke atas bumi Sarawak? Najib tahu, tapi dia tak mampu buat apa-apa, dia tak mampu walau sekadar menegur perbuatan Taib Mahmud. Najib takut dengan Taib Mahmud, satu-satunya orang yang akan mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Sarawak.
Siapa yang tak tahu Taib Mahmud perompak wang rakyat Sarawak? Kalau tanya khinzir, khinzir pun tahu Taib Mahmud perompak. Masakan Najib tak tahu?
Namun bukan soal keadilan, bukan soal hak rakyat, bukan perihal siapa salah siapa betul, bukan soal kebenaran, tapi ini soal bagaimana nak kekalkan kuasa Barisan Nasional.
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/bumi-sarawak-hak-milik-mutlak-taib.html#ixzz1GSQB7nVh