Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 12, 2011

Umno Sungai Petani rebut duit


KUALA LUMPUR: Pergolakan Umno Bahagian Sungai Petani melibatkan ketuanya Khairul Anuar Zainol dan timbalannya Ali Yahya semakin parah akibat berebut duit.

Ketika mendedahkan hal itu,  Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pergolakan itu berpunca daripada soal duit dan harta pampasan yang diberikan kerajaan pusat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.
Sudah menjadi rahsia umum wang peruntukan berjumlah RM1 Juta untuk kawasan Parlimen itu disalur melalui bahagian Umno, kerana parlimen itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Punca pergolakan mereka kerana individu yang terima duit itu tidak membahagikan kepada pihak satu lagi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati,” kata Johari ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN berkata, akibatnya timbul rasa marah sehingga senario mengugut keluar parti pula timbul.
“Kumpulan yang tidak dapat duit itu mula berang dan tidak mahu menyokong sepenuhnya ketua mereka sehingga menimbulkan kekecohan.
“Mereka tidak sedar percakaran itu akan membuatkan sokongan rakyat terutama daripada anak muda kian merosot,” ujarnya.
Tambah beliau, pergolakan itu dengan sendirinya menyebabkan kebajikan rakyat diabaikan.
Sementara itu, Johari memberitahu Umno semakin hari hilang kuasa dan susah untuk dibangunkan kerana bergantung kepada agensi kerajaan sahaja.
“Kekuatan mereka (Umno) hanya agensi kerajaan sahaja dan akan jadi parti yang semakin pupus kerana rakyat kini tidak mahu lagi beri sokongan kepada mereka,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8685
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular