Setelah bermacam-macam masalah dan kontorversi yang terpalit pada aset pertahanan negara ini, akhirnya kapal selam KD Tunku Abdul Rahman telah dapat menyelam dengan kedalaman maksimum, yang turut dinaiki Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Kenyataan akhbar di bawah.
KOTA KINABALU – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam.Seri Paduka yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.“Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.“Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum,” katanya selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda di sini.
Jadi, selepas dah boleh beroperasi ini, harapnya agar pembelian 2 kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dapat meningkat pertahanan negara dari ancaman negara luar. Kami menyokong sepenuhnya sekiranya setiap pembelian aset pertahan negara, digunakan dengan bijak dan juga dapat memastikan tanah air kita sentiasa selamat.
Tahniah juga kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut sama dalam memastikan aset negara tersebut dalam keadaan yang optimum serta mampu menjalankan tugas.