KUALA TERENGGANU 17 DIS: Sesi penggulungan Bajet Persidangan Dewan Undangan Negeri Terenggganu Kali ke 12 semalam panas dengan pertikaman
lidah antara wakil pembangkang dan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Keadaan menjadi panas apabila Ahmad menggelarkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) sebagai pembohong bersiri berikutan beberapa isu yang dibangkitkan dalam dewan termasuk mengenai penempatan semula penduduk Kampung Tok Perah, Ladang di Pangsapuri Ladang Gemilang adalah tidak tepat.
Ahmad berkata memorandum yang dihantar kepada beliau semalam yang didakwa oleh 170 penduduk kawasan berkenaan kerana tidak berpuashati mengenai soal pengambilalihan tanah sebenarnya tidak benar kerana hanya mempunyai nama tanpa tandatangan.
"Saya rasa kecewa kerana Adun Batu Burok lulusan hebat, tetapi tak menggambarkan kebijaksanaannya...Minta maaf kalau saya anggap wakil Batu Burok
ni pembohong bersiri.
"Mereka sengaja menggunakan nama 170 orang tanpa dapat restu penduduk yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang dan ini dilakukan oleh enam orang PAS yang tidak akan berpuas hati walaupun gunung kita berikan," katanya.
Beliau berkata pembohongan kedua dilakukan oleh Syed Azman ialah mendakwa projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat telah ditolak oleh Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Syed Azman meminta Ahmad menarik balik perkataan itu tetapi apabila Ahmad terus menggelarkannya dengan panggilan itu, Syed Azman turut melemparkan
beberapa perkataan seperti 'bapak penipu dan penipu besar' kepada Menteri Besar.
Dewan kemudian meluluskan usul Bajet dan persidangan dewan ditangguh hingga ke suatu masa yang ditetapkan.