Grab the widget  IWeb Gator

Friday, December 17, 2010

Umno Labis akan menentukan calon Tenang tidak lama lagi

umnoOleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Umno bahagian Labis akan bermesyuarat ‘tidak lama lagi’ untuk menentukan calon pilihan raya kecil (PRK) kerusi negeri Tenang – kali ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Tarikh mesyuarat belum diputuskan tetapi Timbalan Ketua Bahagian Umno Tenang, Hashim Daud, memberitahu FMT bahawa kepimpinan bahagian akan berjumpa dengan kepimpinan perhubungan negeri ‘tidak lama lagi’.

Jentera gerakan pilihan raya sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.
"Biasanya kepimpinan perhubungan negeri akan berjumpa dan berbincang dengan kepimpinan bahagian.  Ia akan berlangsung tidak lama lagi selepas semua program dijalankan."
"Kami telah lama bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan sebegini.  Kami sangat aktif menjalankan program sepanjang tahun, meskipun ia tidak bertumpukan kepada PRK," kata beliau.
Adun Tenang, Sulaiman Taha (gambar) 59, meninggal dunia pagi ini ekoran dari komplikasi dari penyakit diabetes. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November.
Hashim menambah bahawa Allahyarham yang merupakan Adun selama dua penggal dan ketua bahagian Umno Labis mengarahkan jentera parti untuk sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya. Pendekatan ini membuatkan ahli parti di bahagian tersebut yakin akan dapat mengekalkan kerusi.
"Allahyarham Sulaiman sangat prihatin terhadap perkara begini. Setiap sayap sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya."
Undi Cina dan India yang relevan
Sulaiman mengekalkan kerusi DUN Tenang di dalam pilihan raya umum lepas selepas menghadapi tentangan calon PAS yang sama – Mohd Saim Siran.  Beliau menang dengan majoriti 2,492 undi.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu wartawan di hospital bahawa Umno bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya kecil.
Kerusi DUN yang terletak di kawasan parlimen Labis, merupakan bekas kubu kuat presiden MCA, Dr Chua Soi Lek kini diwakili anaknya, Chua Tee Yong.
Satu lagi kerusi DUN Labis turut dimenangi calon BN, Tan Kok Hong dengan majoriti 1,944 undi.
Terdapat 14,511 pengundi berdaftar di DUN Tenang di mana 50% merupakan pengundi Melayu. Pengundi Cina dan India masing-masing membentuk 39% dan 12%.
Sulaiman tidak hadir di sidang Belanjawan Johor
Khabar angin mengenai PRK di Tenang kedengaran setelah Sulaiman tidak hadir dalam kesemua sidang belanjawan negeri bulan lepas.
BN mengawal DUN Johor dengan 50 kerusi manakala DAP mempunyai empat dan PAS, dua.
Sejak pilihan raya umum 2008, 13 PRK dilangsungkan dan 10 darinya disebabkan kematian. Parti komponen Pakatan Rakyat telah memenangi lapan dari 13 pilihanraya kecil.
""Kita terpaksa berdepan satu lagi PRK untuk kali ke-14 sejak pilihanraya umum 2008.
"Kita telah bersedia. Sebelum ini, kita lawan dengan PAS tetapi sekarang kami tak pasti sama ada PAS akan bertanding atau tidak," kata Hashim sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Sulaiman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular