KAU ORANG TAK TERASA KE ... JANGAN BEBAN IBU BAPA, JANGAN BEBAN IBU BAPA... KITA BEBANKAN RAKYAT JE HAHAHAHAHAHAHAHAHA ... OOIIITTT, HARGA MINYAK NAIK TAK MEMBEBANKAN IBU BAPA KE???????

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain akan bermula 3 Januari.
"Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan daripada ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen.
Muhyiddin berkata, sumbangan itu perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan.

"Maknanya kalau dia kata nak tambah lagi entah beberapa ringgit...dia boleh buat tapi bila PIBG bermesyuarat dan bersetuju barulah mengemukakan permohonan kepada pihak pendaftar iaitu pengarah kita di peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan dan kita nak supaya jangan dibebankan ibu bapa dengan pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah pada keluarga," katanya.
Mesyuarat hari ini diadakan untuk membincangkan mengenai pengurusan dan keperluan sesi persekolahan baru itu yang berlangsung lebih kurang dua jam.
- Bernama