Saturday, December 18, 2010
Pakatan diminta boikot sesi Parlimen dipengerusi Pandikar
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan “mesej protes yang keras” kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya “membuli” wakil rakyat pembangkang.
Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.
Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.
Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.
“Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan dating . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli,” kata beliau.
Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.
Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.
Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan. “Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen . . . tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya . . . kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker,” kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.
Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti. “Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik,” katanya.
Pakatan Rakyat juga bercadang mengambil tindakan ke atas Pandikar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz ekoran penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R Sivarasa dan Azmin Ali. Bagaimanapun menurut Nazri, cadangan tindakan mahkamah terhadap Pandikar tidak akan berjaya. Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai “kekuasaan” yang tersendiri.
Dewan Rakyat pada Khamis lalu meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan tidak benar yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
Turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) kerana menghina dewan. Pandikar mempengerusikan sesi yang menyaksikan keempat-empat mereka digantung.
TOP Ten Minggu INI
-
Ucapan YB Saifuddin ketika membahas titah YDP Agong di Parlimen turut menyentuh kenyataan Muhyiddin mengenai kejadian baling batu terhadap k...
-
Puter belit permohonan maaf, Fadzill dibidas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri ke...
-
LABIS, 8 Jan – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara ...
-
Sabah: Menjadi warga suatu negara adalah hak asasi manusia. Itu pula yang menjadi keyakinan ribuan nelayan asal Bone dan Enrekang, Sulawes...
-
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Feb: “Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan ...
-
KUCHING 5 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini secara rasminya melancarkan risalah Suara Sarawak dengan mesej "Selamatkan Hak...
-
DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli...
-
Dua lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video seks? Sejak semalam kecoh dengan penyebaran video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim di internet...
-
Video Tulin Yang Palsu Aktornya Dalam cubaan rejim Barisan Nasional yang di bawah telunjuk Rosmah Mansor untuk mengenakan DS Anwar Ibrahim,...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??