Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 18, 2010

Kerugian Sime Darby: Ada unsur langgar peraturan, kata SPRM, SC


KUALA LUMPUR, 17 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti yang menamatkan siasatan mereka mendapati ada unsur-unsur “pelanggaran” peraturan —menyebabkan Sime Darby Berhad mengalami kerugian lebih RM2 bilion baru-baru ini. “Dengan berdasarkan laporan, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah bekerjasama untuk mengenal pasti pelanggaran peraturan yang didakwa wujud dalam maklumat yang didedahkan dalam laporan itu.

“Selepas selesai menjalankan siasatan ini, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti yang bermesyuarat awal minggu ini bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk berkongsi penemuan kes pecah amanah di bawah Kanun Jenayah dan Akta Syarikat dan laporan ini telah diserahkan kepada PDRM dan SSM untuk tindakan lanjut,” kata SPRM dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Siasatan itu dijalan berdasarkan laporan yang diserahkan Sime Darby Berhad pada 20 September lalu.
Laporan yang dinamakan Laporan Siasatan Kajian Komuniti Sime Darby bertarikh 20 September disediakan oleh audit forensik dan konsultan yang dilantik ahli lembaga Sime Darby.

“Ini adalah penghormatan bagi empat projek utama dalam Bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby yang melibatkan projek terbabit ialah Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar (MOQ), sebuah projek membabitkan pembinaan kapal serta projek empangan hidro elektrik Bakun.

“Dengan berdasarkan laporan, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah bekerjasama untuk mengenal pasti pelanggaran undang-undang yang didakwa wujud dalam maklumat yang didedahkan dalam laporan itu.
Kenyataan itu turut mengatakan bahawa pihak berkuasa akan bekerjasama untuk memastikan siasatan itu dapat dijalankan dengan telus dan holistik.

SPRM masih menyiasat perkara itu di bawah Akta Anti-Rasuah 1997 dan Akta Pencegahan Rasuah 2009 masih lagi berjalan, sementara Suruhanjaya Sekuriti telah memulakan siasatan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan 2007.

Sementara itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia juga sedang meneliti dan mengenalpasti pelanggaran yang melibatkan syarat-syarat penyenaraian dan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada individu yang terlibat.

Difahamkan SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti telah menerima laporan audit forensik selepas Sime Darby merekodkan kerugian RM2.1 bilion, jumlah paling tinggi bagi mana-mana konglomerat di Malaysia.
Laporan audit forensik itu sepatutnya dikeluarkan September lalu, tetapi lembaga memutuskan untuk merahsiakan dulu sebelum dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dan meneliti kemungkinan tindakan ke atas bekas pegawai-pegawai kanan syarikat itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular