Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 16, 2010

Nasharuddin : Tindakan Speaker Melampaui Batas



KUALA LUMPUR 16 DIS :Gerakan Islam terbesar tanahair melahirkan rasa amat kecewa dengan pelanggaran Umno kepada prinsip keadilan yang menjadi mercu ajaran Islam.
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia Nasharuddin Isa mengecam keras kebiadapan itu dan melahirkan kebimbangan prinsip Islam akan terus dilacurkan pemerintah Umno-BN.
Islam meletakkan keutamaan kepada integriti hakim sebagai agen keadilan dan kesaksamaan yang bebas dari campurtangan politik dan kepentingan umarak.

Nasharuddin berkata tindakan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menafikan tertuduh membawa bukti yang boleh membantu membebaskannya dari hukuman adalah melampaui batas.
" Salah satu prinsip undang-undang Islam menuntut supaya seseoran yang bersalah dibuktikan kesalahannya. Anwar telah dinafikan haknya untuk mengemukakan bukti. Kalau selepas itu dirasakan bukti itu salah, barulah diambil tindakan," ujar Nasharuddin.
Menurut beliau, Pandikar Amin Mulia tidak layak lagi mempengerusikan mesyuarat Parlimen, berikutan hilangnya kelayakan integriti untuk menjalankan tugas sebagai speaker.

PAS katanya melihat tonggak perlaksanaan demokrasi di negara kita sudah terikat dan dicengkam kuasa kuku besi pemerintah.

" Jelas sebelum kita keluar tadi, kita melihat bagaimana Speaker menerima arahan dengan menteri.
" Kita nampak pertukaran nota daripada meja menteri kepada Speaker, dan dari sini jelas menunjukkan Speaker kita bukan sebagai individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan rang undang-undang ataupun peraturan-peraturan mesyuarat," tambah beliau lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular