Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 18, 2010

PAS: PPKB ancam hak Melayu Kampung Baru

Penubuhan majlis penasihat bagi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) hari ini menerima bantahan keras daripada PAS Wilayah Persekutuan yang menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha tidak jujur kerajaan dalam membangunkan hartanah berkenaan.

Perbadanan tersebut pula sepatutnya diganti dengan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan golongan yang berkepentingan langsung dalam pembangunan itu.

NONEPenasihat undang-undang PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam berhubung penubuhan majlis berkenaan.
Beliau juga berkata usaha itu juga sekadar "melepaskan batuk di tangga" kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 itu tidak mengikat kerajaan untuk mendengar nasihat daripada majlis tersebut.

"Oleh itu, peranan majlis penasihat tersebut hanya sebagai gimikpolitik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, PAS Wilayah Persekutuan khuatir rang undang-undang baru bagi pembangunan Kampung Baru akan menjejaskan pemilikan ke atas tanah tradisi berkenaan di kalangan orang Melayu.

Batal kuasa Lembaga MAS
Ahmad Zamri berkata keadaan itu dibimbangi akan berlaku memandangkan akta berkenaan yang baru dibentangkan di parlimen itu telah membatalkan satu enakmen yang digunapakai sebelum ini.

Selain membatalkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS), penguatkuasaan akta baru itu juga membatalkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS), katanya. Ahmad Zamri menyifatkan langkah itu sebagai satu tindakan yang langsung tidak menghormati Lembaga MAS yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya.

NONE"Tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Jelasnya, Seksyen 57(1) dan (2) dalam rang undang-undang itu secara jelas menyatakan pembatalan dan pembubaran enakmen serta Lembaga MAS.

"Perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survivalpemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Pemilikan di kalangan Melayu
"Ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," kata Ahmad Zamri dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, takrif “kepentingan orang Melayu” dalam rang undang-undang itu pula sekadar merujuk "budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja.

Akta berkenaan tidak menyatakan secara jelas bahawa hartanah berkenaan mesti dikekalkan di kalangan orang Melayu, kata Ahmad Zamri lagi.

"Ini diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut bahawa Perbadanan boleh berurusan dengan 'mana-mana orang' untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

"Kesudahannya, jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular