Selepas dua tahun "menyembah kuil" di Batu Caves dan pernah ditegur atas perbuatannya menghadiri sambutan perayaan Thaipusam, kini untuk tahun ketiga Najib Altantuya gah berdiri di atas "singgahsana" tanpa memikirkan kesan dan akibat ke atas akidah dan kepercayaannya terhadap agamanya sendiri.
Persoalannya, di mana ulama "murtabak" dan ahli agama ketika Najib Altantuya tanpa segan silu turut mengikuti dengan dekat perjalanan sambutan perayaan keagamaan khas buat penganut agama Hindu??
Mana dia Nooh Gadut, Hasan Ali "Akidah Injil Elektronik", Zulkifli Noordin, Mohd Asri Zainul Abidin dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya menegur tindakan Najib Altantuya yang sudah pasti mahu memancing undi hingga tergadai akidah diri?
Begitu juga dengan Rosmah Mansor yang turut hadir, tidak bolehkah dia menasihati suaminya sendiri perkara yang dilarang agama jika masih merasakan mereka beragama Islam??
Rupanya kehadiran Najib Altantuya bukan sekadar memalukan dirinya sendiri malah turut dipertontonkan dengan aksi kalungan bunga yang begitu memualkan, seolah-olah kalungan bunga yang terlilit di tengkuk adalah yang terbesar dan tercantik di dunia!
Bukan sedikit cemuhan dan cercaan yang diterima Najib Altantuya, tapi demi untuk memancing undi, dia sanggup meredah sedikit kepayahan demi mengejar undi kaum India yang semakin dingin terhadap Barisan Najis!
Gadai akidah demi undi, inilah yang dibuktikan Najib Altantuya dan dia memang mengotakan janjinya mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan susu lembu Shahrizat Jalil sekalipun! - JALAN PULANG
Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.