Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 5, 2012

Info Panassss! : Jangan jadi mangsa tipu tarikh PRU13!

Penafian : Tulisan didalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukannya kenyataan rasmi dari parti kompenan PR

Tarikh PRU13 diumpamakan sebagai tarikh keramat bagi rakyat malaysia , tarikh yang dinantikan umpama menunggu kelahiran anak pertama bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mendapat anak , tarikh yang diumpamakan menunggu durian gugur setelah pokoknya bermusim-musim tidak pernah berbuah.

Tarikh PRU13 juga ialah penanda aras gerak kerja PR dalam merangka strategi yang berubah-ubah sesuai dengan ramalan-ramalan yang dijangkakan akan adanya PRU13 dalam masa terdekat.

Tarikh PRU13 tidak menjadi masalah untuk BN kerana mereka lebih mengetahui disebabkan keputusan di tangan mereka.

Apakah pilihanraya diumpamakan sebagai sebuah perang? ---> jawapannya Ya! namun PRU13 bukanlah perang senjata tetapi lebih kepada perang psikology!

Perang adalah strategi. Strategi adalah tipu-helah. Peperangan dalam politik adalah peperangan saraf dan mental. Psycological of warfare yang berkesan akan menarik sokongan serta menjauhkan dan meninggalkan musuh daripada mendapat sokongan. Mereka menggunakan segenap ruang dan peluang. Samada bertahan atau menyerang. Dalam suasana seperti inilah orang yang bijak mengambil kesempatan dan peluang nescaya ia memperolehi kemenangan. Perang itu adalah muslihat. Ia disebut oleh Baginda Saw sendiri dengan sabdanya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
Daripada Abu Hurayrah r.a: Bahawa Nabi Saw telah bersabda: “Akan jatuhnya Kisra dan tiada lagi Kisra selepas itu dan akan tumbangnya Kaisar dan tiada lagi Kaisar selepas itu. Kamu akan membahagikan hartanya fi sabilillah dan dinamakan perang itu adalah muslihat”. Riwayat Bukhari.

Apakah kesan ramalan-ramalan tarikh PRU13 kepada PR?

Jika dibaca ucapan spontan tarikh PRU13 oleh DSN ( Dato' Seri Najib) di dalam akhbar sinar harian baru-baru ini , ramai blogger dan pemerhati politik menyangka bahawa DSN telah memecahkan rahsia bahawa tarikh PRU13 kemungkinan sebelum April 2012.

Oleh itu gegak gempitalah dunia siber dan arahan-arahan Ad-Hoc pimpinan PR tentang strategi PRU13 , banyak program-program akan ditunda dan digantikan dengan program yang lebih sesuai untuk PRU , Parti-parti politik juga mengeluarkan arahan "merah" dengan meletakkan Jabatan pilihanraya di semua peringkat dalam keadaan paling teratas diantaranya

1) Daftar pemilih tidak diutamakan kerana tarikh dan semakin hampir dan mustahil jika dilaksanakan senarai pemilih baru akan online dalam masa terdekat

2) Penculaan dihentikan kerana tidak cukup masa

3) Jadual pimpinan tidak boleh lari dari daerah masing-masing kerana pimpina perlu berada di kawasan masing-masing dalam keadaan PRU semakin dekat

4) Paling menakutkan , semua dana pilihanraya akan dicurahkan semaksimum mungkin dan digunakan sepenuhnya untuk menggerakkan jentera pilihanraya di daerah masing-masing

5) Program-program turun padang diperhebatkan dengan dana yang banyak

Lihat apa yang dilakukan oleh BN , mereka juga seumpananya mencurahkan segala dana yang ada kepada rakyat!

Oleh itu sahih dan lagi bersuluh pilihanraya sudah benar-benar hampir! -- sangkaan akan ada pembubaran parlimen minggu depan juga!

Ramalan PRU13 juga akan merugikan PR!

Apabila Daftar pemilih dihentikan , jika ramalan itu tidak tepat, maka yang akan rugi ialah PR sendiri kerana BN memperhebatkan Daftar Pemilih ketika ini dengan mengutip data-data secara percuma dengan data penerima BR1M , Kupon Buku Mahasiswa , Rm100 untuk murid sekolah dan pelbagai lagi bantuan kerajaan yang memerlukan data pemohon untuk direkodkan.

BN juga menggunakan kuasa sebagai kerajaan untuk mencula pengundi-pengundi dan rekodnya amat bertepatan sekali dengan menggunakan data pemohon-pemohon bantuan tadi.

BN membuat roadshow dengan jadual-jadual pimpinan mereka digerakkan ke suluruh daerah di Malaysia.

Operasi-operasi mengutip wang rakyat diperhebatkan terutamanya saman dan kutipan cukai

Harga minyak tidak pernah turun walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia.

Syarikat-syarikat berkepentingan dibantuk selayaknya sebagai deposit tetap.

PR akan berusaha sehabis baik dengan dana yang ada , jentera yang ada untuk beraksi dalam suasana benar-benar pilihanraya akan berlaku pada bulan 3..pada masa yang sama daftar pemilih akan dikecualikan kerana ia sudah tidak relevan , BN ketawa panjang dengan daftar pemilih mereka diperhebatkan lagi dan lagi!

Gerak kerja pilihanraya masih seperti biasa, Adakah anda fikir BN akan menyerahkan Putrajaya dengan begitu sahaja akur keputusan PRU13 nanti?

BN tidaklah lemah seperti yang PR sangka!

BN akan bermati-matian bermandi keringat dan bermandi darah ( ayat metafora) untuk mempertahankan putrajaya dari PR!

Katakan pilihanraya tidak jadi bulan 4 , PR sudah letih dengan aksi-aksi gerakkerja pilihanraya di peringkat paling kritikal , dana-dana sudah digunakan semaksimum mungkin dan yang paling malang senarai daftar pemillih PR tidak serancak seperti yang dimahukan oleh pimpinan!

Oleh itu penulis menyeru kepada PR tetaplah laksanakan gerak kerja pilihanraya seadanya , buka kaunter daftar pemilih di setiap program-program ( maaf cakap..kebanyakan program PR sekarang ini Daftar pemilih dikecualikan!)

Tetap mengadakan culaan , kemaskini database dan update setiap minggu

Dana pilihanraya digunakan berperingkat dan digunakan secara maksimum hanya ketika benar-benar tiba pengumuman oleh Kerajaan.

Giatkan usaha menarik golongan muda , ambil data mereka dan update dalam database setiap daerah

Menghalusi kempen dengan nada yang positif , musnahkan kempen berbentuk penghinaan peribadi dan jangan termakan fitnah-fitnah BN dengan provokasi mereka dan ahli-ahli juga penyokong PR jangan termakan hasutan mereka..jangan bertindak di luar batas seperti mereka.Gunakan saluran undang-undang dan jangan gunakan saluran emosi membuta tuli.

Bagi Penulis PR mempunyai masa yang banyak untuk menghadapi pilihanraya! , jangan terpengaruh dengan ramalan-ramalan yang sonsang.

Arahkan setiap ahli parti menaikkan bendera parti di kawasan-kawasan strategik , itu pun sudah cukup untuk memberikan signal kepada BN

PR perlu memperbanyakkan program-program kemasyarakatan dari program-program politik..jangan menongkah arus..BN dengan program-program menyerahkan bantuan.

Jika PR tidak cukup dana..kerahkan ahli dengan program-program bantuan yang tidak memakan kos yang banyak namun berkesan umpamanya bantuan dari segi sumber manusia , perkhidmatan dan konsultan kepada rakyat.

Apa yang penting ahli-ahli dan penyokong-penyokong sekurang-kurangnya perlu ada senarai setiap orang 10 orang yang diyakini akan mengundi mereka!

Akhirnya..

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya

Berusahalah PR dan jangan termakan tipu daya BN yang akan membuatkan PR bersengketa.

Pernah Strategi ini digunakan BN apabila ditanya oleh wartawan kepada DS Khir toyo tentang peranan PR yang bertungkus lumus menghadapi PRU12 , jawab DS Khir Toyo " Kita biarkan mereka ..nanti mereka letih kita akan menyerang mereka!"

Kemungkinan strategi itu tidak menjadi semasa PRU12 dan mereka sentiasa menaiktaraf tipu daya mereka untuk PRU13

Saya dan seluruh anak-anak muda akan bersungguh-sungguh memastikan kemenangan PR yang cemerlang PRU13 akan datang..insyaAllah!

Takbir! AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar! -U-jam (Usrah Jemaah Anak Muda Malaysia)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular