Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 9, 2012

SHAHRIZAT dapat Hidayah?!!! Tapi Masih Menipu!!! (Video)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil secara sukarela telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Shahrizat yang kemudiannya menjawab pertanyaan wartawan The Star melalui kiriman SMS menegaskan bahawa beliau ke SPRM atas kerelaannya sendiri dan bukan dipanggil oleh agensi tersebut sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.
Shahrizat diheret dalam isu projek PFN yang dikendalikan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Susulan itu, beliau berehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat tersebut.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.- Mstar

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.


"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.


Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM - Merdeka Review


Inilah Shahrizat Ketua Wanita UMNO...hahaha...
Bela Lembu Sukarela..hahaha...
Selak kain dalam Perhimpunan UMNO dulu pun Sukarela...hahaha...
Pergi Mekah pun Sukarela....hahaha...
Bersalaman dengan lelaki pun Sukarela ... hahaha..
Tak Mahu Letak Jawatan pun Sukarela...hahaha...
Pergi SPRM Sukarela....hahaha...
Kena Siasat pun Sukarela....kah...kah...kah...
Orang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular