GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.
"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.
Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.
"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.
Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.
"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.
Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.
Berkenaan undi pos bagi mereka yang tingaal di luar negara, Abdul Aziz berkata SPR akan menentukan kategori rakyat Malaysia yang bagaimana layak untuk mengundi menggunakaan kaedah berkenaan.
"Mesti ada hubungan dengan negara. Bagaimana jika mereka telah berada di lluar negara selama 30 tahun dan tidak pernah kembali ke sini?
"Jadi ia tak boleh dibuka sepenuhnya kepada rakyat Malaysi ayang tinggal di luar negara. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempunyai peruntukan seperti itu. Kami berharap dapat membuat keputusan mengenainya menjelang bulan hadapan," katanya.
Dalam pada itu Abdul Aziz berkata sebanyak 42,025 pengundi yang status mereka meragukan akan digugurkan daripada senarai daftar pemilih. - mStar