Laporan Audit Menyebut Bahawa Baki Hutang Kerajaan Negeri Melaka Meningkat Kepada RM853.07 Juta Berbanding RM587.53 Pada 2009. Terbukti Kerajaan Negeri Hanya Pandai Berhutang Tetapi Tidak Pandai Membayar Hutang. 'Anak' Seperti Ini Hanya Tahu Menghabiskan Duit Ayah Tetapi Tidak Tahu Berjimat, Dia Hanya Tahu Mahu Berbelanja Besar Tanpa Memikirkan Kesusahan Orang Tuanya.
Dari Data Di Atas Maknanya Peningkatan Hutang Kerajaan Negeri Antara 2009 Dan 2010 Ialah RM265.54 Juta
Tidak Mustahil Hutang Kerajaan Negeri Melaka Akan Meningkat Kepada RM1bilion Pada Hujung Tahun Ini. Melihat Kepada Trend Hutang Kerajaan Negeri Melaka Sejak Kebelakangan Ini Memang Perkara Ini Tidak Mustahil Berlaku.
Ertinya Rakyat Melaka Terus Dibebankan Dengan Hutang Yang Dibuat Oleh Kerajaan Negeri Melaka Yang Menguruskan Kewangan Negeri Dengan Tidak Bijak. Apa Yang Kerajaan Negeri Tahu Ialah Berbelanja Besar, Boros Dan Membazir. Bila Tidak Ada Duit Mereka Pinjam Dari Kerajaan Pusat. Akibatnya Hutang Negeri Semakin Meningkat. Lambat Laun Kerajaan Negeri Melaka Akan Muflis.
Ini Semua Terjadi Kerana Negeri Melaka Dipimpin Oleh Pemimpin Yang Rasuah Dan Tidak Tahu Berbelanja Dengan Berhemah. Oleh Itu Rakyat Negeri Melaka Mesti Sedar Dan Insaf Bahawa Tidak Ada Cara Yang Paling Berkesan Untuk Mempastikan Negeri Melaka Diselamatkan Dari Muflis Dan Rasuah Melainkan Menukar Kerajaan Yang Ada Sekarang Kepada Kerajaan PR.
Buktinya Jelas Semua Kerajaan Negeri-Negeri PR Dipuji Oleh Ketua Audit Negara Dalam Laporan 2010 Kerana Tiada Ketirisan, Tiada Rasuah, Sistem Pengurusan Kewangan Yang Baik Dan Tiada Masalah - MutaLigat