Macam-macam perkara luarbiasa kita baca dalam laporan Audit Negara
Ada yang kata perkara biasa sebab dah jadi lumrah laporan audit negara ada penyelewengan wang rakyat tapi pihak SPRM mana ada siasat pun.Setakat lapor lepas tu senyap ja .
Pakat bincang pakat debat tapi habuk pun tarak.Wang rakyat mengalir deras masuk kantong kroni .Dibawah antara penyelewengan wang rakyat yang melampau yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.
- Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
- Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus).Baca di sini.
3-Majlis Amanah Rakyat (MARA) beli peralatan kursus untuk latihan seratus peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.Peruntukan untuk MARA RM54 juta telah disalahgunakan.Katil boleh lipat harga RM100 di pasaran tapi dibeli dengan harga RM500.
4-Laporan audit negara kata hati-hati ke Stadium Bukit Jalil takut runtuh sebab waranti penyelenggaraan stadium dah tamat 3 tahun lalu!Sapa mau mati cepat sila tidur di stadium .
5- Lebuh Raya Desaru:Silap kira kos ambik tanah kerajaan pikul RM375 juta.Silap kira atau memang dah buat kira kira untuk kroni sekali?
7-Laporan Audit:LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan.Lebih baik tak payah buat aduan!Misai Merah