Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, July 4, 2013

Gempar!!! Kerajaan Pahang Tumbang, DAP ambil alih...

DAP sering dituduh anti Islam dan anti Melayu. Sebaik mendengar berita bahawa takzirah Ramadhan diharamkan di Pahang, ramai yang beranggapan bahawa DAP memerintah Pahang sekarang.

Sebab hanya mereka yang anti Islam dan tidak suka rakyat faham Islam sahaja yang akan mengharamkan tazkirah Ramadhan.

Namun rupa-rupanya bukan DAP yang anti Islam, tetapi Umno/BN. Di Pulau Pinang bukan sahaja tazkirah tidak dihalang malah ianya digalakkan oleh kerajaan PR pimpinan DAP. Mereka menambahkan peruntukan untuk hal ehwal Islam bagi menjayakan program-program yang berkaitan dengan agama Islam. 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja.
 
[ SINI ]


Inilah bukti jelas bahawa Siapa itu Umno dan DAP ............. mutaligat
Siapa Perintah Pahang UMNO / BN atau DAP?

Pahang larang tazkirah sewaktu Solat Terawih
Aku tak faham bagaimana EXCO Dakwah dan Islamiah Pahang ni boleh mengatakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan hingga menyebabkan kesemua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakannya.

Sebabnya takzirah ini biasanya diadakan setelah empat rakaat solat terawih diadakan sebelum disambung lagi empat rakaat atau selebihnya selepas itu bukannya ketika masih ada yang sedang menunaikan solat itu..

Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih".

Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi.

Tegasnya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesan ada pengurusan masjid mengadakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tindakan itu, katanya, telah menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan ~ TV3 

Tindakan tersebut sebenarnya mengundang kekeliruan !!!
Tak dibenarkan tazkirah satu hal, dan mendenda pula mereka yang engkar? Ini.. agak merepek. Biasanya kita berhenti sekejap waktu pertengahan terawih. Kalau nak berhenti, ini la time nya nak berhenti pun.

Tapi ada juga yang terus berterawih sampai habis dan tazkirah selepas itu.

Ikut tempat la juga. So larangan di atas neh kita kurang jelas. Apakah yang dimaksudkan larangan tazkirah sewaktu solat terawih? Pertengahan terawih atau selepas habis terawih?

Sebab dia ada menyebut bahawa tazkirah tersebut mengacau orang yang nak mengaji apa bagai. Bagi aku masjid tempat umum. Walaupun imam dan makmum kena berkerjasama untuk membangunkan masjid tetapi agak tak logik juga imam kena batalkan tazkirah hanya kerana ada orang yang nak mengaji.

Ko mengaji aje la kalau ko nak mengaji. Ko taknak dengar tazkirah pun takde la imam sampai nak memaksa. Just keluar dari lokasi dan cari satu tempat yang ko rasa selesa nak mengaji. Oke tak? Kenapa pula hanya kerana ada orang yang taknak dengar tazkirah maka tazkirah dilarang disebabkan nak menghormati kehendak mereka2 yang nak mengaji? Ini contoh je la. Sebab itu alasan yang digunapakai dalam berita malam tadi.

Aku kira ini tidak logik. Jika ini dijadikan alasan.. maaf ek. Ia tak logik langsung.

Hatta kalau konsert di larang sekalipun di Malaysia neh ramai jek yang marah mengamok2, ini kan pula sekadar tazkirah. Lagi la orang marah.

Cuba tanya diri sendiri. Berapa lama sangat la masa yang dihabiskan di masjid?

Cuba tanya diri sendiri kalau pasal tazkirah balik lewat lebih kurang pukul 10 malam ka 10.30 malam ka ia berdosa ka?

Kalau pergi mana2 tempat balik lewat rilex jek. Kalau rasa2 tak tahan gak boleh sambung terawih kat rumah. - Amenoworld

Ini pendapat Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM‎ mengenai isu ini..

Saya Tetap Teruskan Tazkirah, biarpun ditahan.
1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk aqal malah bertentangan dengan Firman Allah swt yang maksudnya "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. Surah Azzaariyat : 55

2. Saya tidak faham kenapa EXCO Dakwah Kerajaan negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata - rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej terawih dan tazkirah. Sehinggalan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.

3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh EXCO Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah EXCO Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restaurant yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.

5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi justeru ini adalah kerja nabi - nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan.

Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara.

Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.


Ada yang tersirat sebenarnya dari tindakannya itu dan sebab utama tazkirah perlu dihalang.. Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular