Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, July 4, 2013

ANWAR GANGGU ISTERI SAYA.. Pulak dah!!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Peguam Anwar, R Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Hamzah, dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan saman itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma sulit antara kedua-dua pihak.

“Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang tidak perlu, tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.

Sivarasa berkata, sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang dipertikai tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju tidak membangkitkan lagi perkara ini.

Anwar memfail saman itu pada 22 Ogos 2008 ketika Hamzah ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Anwar mendakwa Hamzah mengeluarkan perkataan fitnah yang disiar dalam artikel bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008. 

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular