Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, July 2, 2013

SEBELUM 5 MEI GILA NAK JADI CALUN, SELEPAS MENANG GILA NAK JADI MENTERI KINI TAK DAPAT JAWATAN MENTERI GILA NAK JADI PENGERUSI GLC, TAPI SPM PUN TAK LULUS KAH KAH KAH


Memandangkan jawatan menteri kabinet dan timbalan menteri begitu terhad sekali selepas pilihanraya umum 13 yang lepas jawatan-jawatan utama dalam GLC terpaksa diagih-agihkan kepada ahli-ahli parlimen BN yang menang.

Jawatan-jawatan seperti pengerusi GLC menjadi buruan mereka kerana keluhan mereka gaji dan eluan wakil rakyat tidak mencukupi untuk menjaga kawasan khasnya mulut-mulut pemimpin UMNO di bahagian yang tak pernah tahu erti kenyang.

Selepas pru12 yang lalu jawatan Setiausaha Parlimen terpaksa dimansuhkan akibat kekelahan BN yang parah sehingga tidak cukup kerusi yang menang untuk ditawarkan kepada ahli parlimen yang menang.

Jika sebelum 5 Mei 2013 yang lepas mereka ini sibuk melobi untuk menjadi calun dan apabila telah menang sebagai wakil rakyat mereka sibuk pula melobi jawatan menteri dan kini apabila jawatan menteri telah habis diagih-agihkan mereka ini kalut melobi jawatan pengerusi-pengerusi GLC.

Nampaknya tak habis-habis kerja melobi oleh golongan yang mabuk kuasa ini. Kini yang terbaru Datuk Azeez Rahim @ Azeez Putra dikatakan dilantik pula menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji walaupun tidak ada kelayakan akademik. Nampaknya jawatan dalam GLC diguna sebagai lembu untuk memerah susu.

Apa pun elok jugalah di dalam masa yang pendek, yang hanya tinggal empat tahun sahaja ini, lebih baik cepat-cepat mereka menggendong harta rakyat dengan apa yang dapat sebelum rakyat bangkit kembali pada tahun 2018 dan kuasa ini jatuh ke tangan parti lain. - mummyrokiah

Pengerusi Tabung Haji tak lulus SPM?
Tersebar di blog, baca ruangan komen “Tabung Haji gets new Chairman? ” di blog Rocky’s bru, Azeez hanya memiliki SPM? Betulkah? Bagaimana yang hanya memiliki SPM boleh menjadi Pengerusi Tabung Haji? Kalau salah, Azeez boleh sebutkan sendiri kelayakan akademik yang beliau miliki. Baca Di SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular