Walaupun cara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim serupa 100% apabila bersalaman dengan Rosmah Mansor malahan Ibrahim Ali kelihatan lebih menghormati sebab lebih rendah beliau membongkokkan badannya namun nasib mereka tidak serupa.
Azeez Rahim walaupun sekadar lulusan SPM namun telah diangkat sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji sedangkan Ibrahim Ali yang tumpas di Pasir Mas pada PRU 13 lalu, langsung sebelah mata tidak dipandang mengakibatkan beliau semalam dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perkasa telah hentam dan serang Najib serta UMNO.
Jika diukur dari pengaruh peribadi dan ramainya penyokong antara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim, kena akui Ibrahim Ali jauh lebih ramai dan hebat dijulang.
Ibrahim Ali mendapat dokongan dan sokongan padu dari mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Mahathir sampaikan beliau melepaskan kata-kata agar lebih ramai individu semacam Ibrahim Ali di negara kita ini..Sanggup berkempen bermati-matian di Pasir Mas, Kelantan semata-mata mau memenangkan Ibrahim Ali disana sedangkan tidak pernah Tun Mahathir ke Baling berkempen untuk Azeez Rahim.
Apa yang hebat Azeez Rahim dimata Najib sehingga melantik beliau kejawatan yang cukup penting dan bermakna kepada umat Islam di negara ini?
Mengapa Ibrahim Ali langsung tidak ada tempat di jiwa dan hati Najib Razak sampaikan beliau naik angin satu badan menyerang Najib dan UMNO?
Setelah Ibrahim Ali khianat kepada PAS yang memberi peluang menggunakan lambang parti tersebut dalam PRU 12 hingga menang dan menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas akhirnya dilihat kini beliau sudah dikhianati UMNO, parti yang beliau arahkan agar semua penyokong dan ahli Perkasa berikan sokongan tidak berbelah bagi.
Akhirnya dalam bahasa sinis tajam Ibrahim Ali menyatakan beliau ingin menjadi pemandu teksi atau atendan pam stesyen minyak bagi menyambung sara hidupnya.
Satu yang nyata..Ibrahim Ali tiada tempat dalam UMNO dan arus perdana politik negara. - omakkau
Patutlah Ibrahim Ali marah sangat.. dia pun cium tangan Rosmah jugak, tapi tak dapat apa rupanya..
Dalam kemunculan sulungnya selepas kalah dalam PRU13 yang lalu, Presiden PERKASA telah melahirkan rasa kecewa, marah dan geramnya terhadap Presiden UMNO yang telah dibodeknya habis-habisan sebelum PRU13 yang lalu..
Segalanya itu telah diluahkan dalam pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur semalam setelah hampir dua bulan menyepikan diri, dipercayai kerana memujuk hatinya yang lara.
Malah kerana terlalu geram beliau telah mengugut Najib dengan berkata "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.
Kekecewaan Ibrahim Ali jelas tergambar bilamana beliau menyatakan Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu.
“Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”
Kenapa agaknya beliau begitu kecewa dengan Najib kali ini? Ironinya kekecewaannya itu diluahkan setelah beberapa hari setelah Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji..
Adakah kerana Azeez mencium tangan Rosmah maka dengan itu beliau telah dilantik memegang jawatan tersebut?
Jika benarlah dakwaan itu.. Ibrahim Ali memang patut marah kepada Najib sebabnya beliau juga telah mencium tangan Rosmah tapi apa pun tak dapat..
Kesian kat Pak Brahim.. dari cara dia cium tangan Rosmah dalam gambar di atas sekurang-kurangnya dia layak untuk dilantik sebagai Pengerusi Petronas.. tapi apa pun dia tak dapat... ha.. ha.. ha.. - Baca Artikel Penuh Di SINI