Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

"bomoh Yahudi" kepada Taib Mahmud di serang..


BALINGIAN: Suasana di Pusat Penamaan calon N51 DUN Balingian  gempar dan bertukar kecoh semasa tempoh bantahan berlangsung apabila sekumpulan penyokong bebas mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan bomoh yahudi untuk terus kekal berkuasa.

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga  sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.
Salleh yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita itu sebagai perosak negeri Sarawak, malah menuduh wanita itu sebagai bomoh yang ditugaskan untuk memastikan Taib terus kekal berkuasa.
Dalam masa yang sama Salleh juga menjelaskan kepada orang ramai supaya bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.
Wanita  berbangsa asing itu dikatakan dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal dan membawa lari wanita itu ke suatu lokasi yang tidak diketahui.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10743
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular