Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

Tanpa BN, Rakyat Sarawak Boleh Nikmati Kemewahan Melebih Rakyat Selangor


KUCHING 6 APRIL : Dengan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya negeri sekarang, rakyat Sarawak sebenarnya boleh menikmati kekayaan hasil bumi jauh lebih mewah berbanding apa yang dinikmati oleh rakyat di Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, Selangor walaupun tidak mempunyai hasil bumi sebanyak apa yang ada di Sarawak, mampu mengagihkan pelbagai dana kepada rakyatnya berikutan mengamalkan kepimpinan yang telus dan memihak kepada rakyat.

Dibawah program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor', rakyat negeri itu menikmati :-
1. Air percuma 20 meter padu
2. Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Bantuan Anak Masuk Universiti
5. 'Pusat Khidmat Krisis Sehenti' (OSCC)
6. Tabung Pendidikan Anak-Anak Peladang
7. Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian.
8. Skim Microkredit Miskin Bandar (MIMBAR)

Azmin berkata meskipun pakatan rakyat baru sahaja mentadbir negeri terkaya di Malaysia itu untuk 3 tahun, namun pencapaian gagasan itu melebihi apa yang dicapai UMNO BN yang memrintah negeri itu selama lebih 50 tahun.
"Baru tiga tahun kita memerintah Selangor (sejak tahun) 2008, hari ini pendapatan negeri Selangor sudah melonjak pada RM1.6 bilion.

Azmin berkata, Selangor bertambah cemerlang apabila diuris tadbir oleh pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Walaupun kita (kerajaan Selangor) tidak ada petroleum, kita tidak ada gas asli (dan) kita tidak ada balak; tetapi oleh kerana Selangor ditadbir oleh sebuah kerajaan yang amanah, bertanggungjawab dan jaga kepentingan rakyat,"

Berbeza dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuasa lebih 30 tahun, Azmin berkata UMNO Barisan Nasional masih gagal menguruskan kekayaan hasil bumi untuk kepentingan rakyat.

"Sarawak, negerinya kaya (dengan) hasil mahsulnya berbilion ringgit. Bandingkan dengan Selangor, tak ada minyak tapi Sarawak ada minyak," beliau menambah.
Justeru Azmin menyeru rakyat negeri ini agar bersatu hati melakar perubahan dalam sistem politik Sarawak, 16 April ini.

"Jangan lagi diperkudakan oleh Barisan Nasional, ajar mereka pada 16 April ini. Kamu bohong kami (selama) 50 tahun, kamu pijak kami (selama) 50 tahun. Sekarang giliran kami pijak Barisan Nasional," ujarnya.

PKR meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak yang hari penamaannya bermula pagi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular