Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 4, 2011

SNAP enggan bertolak ansur – Azmin


KUCHING: Sikap tidak bertolak ansur Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menjadi punca parti itu tidak bersama Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, kata Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Azmin Ali.

Beliau berkata, KEADILAN sudah berlembut tetapi SNAP tetap berkeras mahu bertanding 27 kawasan dan mahu parti meletakkan calon dari suku kaum Iban atas tiket SNAP.
“Kita bersua dan bermuafakat tapi pertemuan terakhir SNAP masih mendesak dan mahu mempertahankan 27 kawasan tanpa memberikan ruang kepada KEADILAN bertanding.
“Mereka mendesak calon suku kaum Iban bertanding atas tiket SNAP. Kita tidak dapat pertimbangkan kerana KEADILAN parti pelbagai kaum, bukan sahaja Melayu, Cina tetapi kaum Murut, Kadazan, Dusun dan Iban perlu diberi ruang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding pilihan raya negeri Sarawak  ke-10.
Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyatakan parti sedia menyerahkan beberapa kerusi kepada SNAP atas dasar permuafakatan tetapi kecewa kerana parti berkenaan berkeras menuntut 27 kerusi.
Dalam pada itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, dua kawasan iaitu Pakan dan Marudi tidak menjadi pilihan KEADILAN untuk meletakkan calon kerana atas faktor kemenangan.
“Kita bertanding dalam satu pasukan mewakili manifesto PR untuk mendapatkan kemenangan bersama-sama PAS dan DAP. Kali ini, kita tampilkan lebih 50 peratus muka baru,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10630
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular