DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli Parlimen atau tidak, para pelayar internet, web site dan blog sudah pun menyaksikannya lewat tengah hari ini.
Hari ini promo atau previu video berkenaan sudah ditayangkan di dalam blog, Fb dan sebagainya. Kononya ia dilancar di Bangkok. Saya sudah dihantar klik video berkenaan. Beberapa protal berita juga sudah melaporkan perlacaran klik video terlaris di Malaysia itu.
Tidak ada erti dan maknanya lagi penyiasatan ke atas video berkenaan sama ada oleh polis atau mana-mana pihak. Cadangan suruhnjaya di raja untuk menyiasat video berkenaan juga tidak diperlukan lagi. Rakyat akan membuat penilaian sendiri dengan video berkenaan yang kini sudah memenuhi alam siber.
Saya tidak mahu mengulas akan ketulenannya. Ketua polis negara Ismail Omar dengan kuasa yang ada kepadanya berhak mengatakan video berkenaan tulen tanpa merujuk kepada mana-mana juzuk ketulenan itu. Apakah pita berkenaan atau watak di dalamnya yang tulen, walahualam.
Pertamanya apa yang perlu ditolak ialah kepada rakaman video berkenaan. Orang yang merakam kemudian mendedahkannya lebih jahat, kejam dan tidak bermoral dari watak yang ada dalam video berkenaan. Kalaulah pendedahan itu dibuat oleh si watak dalam video berkenaan maka dialah paling celaka dalam dunia ini.
Pun begitu orang yang merasa kesal, aib dan celaka hanya orang seperti kita. Bagi mereka ia sudah tidak ada apa-apa perasaan dan rasa lagi. Atau sesiapa yang pernah melakukan maksiat dan zina, perkara itu biasa saja, tak ubah macam kartun Ipin dan Upin saja. Kehidupan mereka itu lebih kurang lembu dan kerbau yang boleh mengawan di mana-mana saja. Yang membezakan haiwan dengan manusia ialah akal budi. Begitu juga mereka yang membikin, menyiarkan serta menonton video berkenaan dibezakan oleh akal budi.
Jelas apa dilakukan itu bermotif politik. Bila ia bermotif politik maka nawaitu di sebalik pendedahan itu tidakgenuie lagi. Betapa pun benar apa yang berlaku dalam video itu tidak akan diterima sebagai satu kebenaran lagi.
Isi video itu bukan kalamullah yang patut diagungkan. Ini bukan saja melibatkan Anwar tetapi kalau Najib, Mahathir, Rosmah maupun Tengku Razaleigh hatta Haji Hadi serta Nik Aziz sekalipun. Ingatlah sesuatu yang melampau hatta ianya benar dan baik ia boleh menjadi tidak baik.
Macam dadah asalnya ia baik tetapi kalau pengambilannya melampau ia merbahaya dan nilai kebaikannya sudah pun tidak ada lagi. Begitu juga bukan saja arak boleh memabukkan tetapi air sejuk juga kalau diminum beribu liter ia boleh memudaratkan juga.
Bagi orang yang sudah lama menolak keperibadian Anwar yang disabutkan dalam video itu, ia tidak akan mengugahkan sokongan kerana mereka menyokong Anwar bukan atas prinsip peribadiannya tetapi ketaksuban kepada perjuangan yang bawanya. Samalah kita menyokong seorang pemimpin kafir - bukan Islam, bukan kerana agamanya, tetapi kerana kepimpinannya itu.
Misalnya Melayu Pulau Pinang menyokong Lim Gua Eng bukan kerana akidahnya tetapi kerana perjuangan danleadshipnya. Begitu kalau orang Melayu menyokong V Manikvasagam atau Tan Chan Lok satu masa dulu, bukan kerana akidahnya tetapi toleransinya sebagai satu warganegara.
Inilah dua keadaan yang perlu dibezakan. Justeru kepada saya penayangan video itu tidak akan mengubahkan keadaan sebaliknya sokongan kepada Anwar akan bertambah. Mereka yang tahu membezakan mana peribadi dan mana perjuangan tetap setia dan menyesali ke atas apa yang berlaku bukannya 'gaduh-lorat' meninggalkan Anwar.
Makanya kalau Najib mengambil kira penayangan video itu menguntungkannya dan mengambil cerlak dan ruang untuk mengadakan pilihan raya ia adalah silap. Kalau tidak percaya ahlanwasalan, bubarlah Parlimen sekarang.
Dengan penayangan video itu perjuangan Anwar tidak akan mati, kecualilah jasadnya dileburkan persis Altantuya. Semangat perjuangan, idealisme perjuangan yang dibawa atau diobori olehnya sejak berpuluh tahun lalu sudah berada dalam jiwa setiap penyokongnya. Mereka tidak akan berganjak dan membalikkan diri daripada menolak Anwar. Mereka bukan individu-individu munafik dan keparat yang membuat sokongan kerana mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri.
Manusia sebegini tidak ubah seperti beruang yang membaham buah salak, sesudah kenyang bersandar di busut kemudian sendakwa, kemudian kencing dan berak di situ.
Cemuh dan bencilah Anwar seribu kali, cemuhan dan kebencian itu akan diterima dengan seribu rasa simpati, sedih dan ikar untuk bersamanya. Pas dan DAP, iya mereka tidak akan memutuskan persahabatn dengan Anwar kerana bagi mereka Anwar adalah bahtera yang akan membawa aspirasi mereka ke pulau kejayaan.
Dari sudut perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu rungsing, sebab pandokongnya tidak berubah dan ugah hati. Sebaliknya yang akan menjauhkan diri ialah mereka yang sudah berada di luar gelanggang yang sudah lama bermasalah dengan Anwar atas berbagai isu dan alasannya dan yang cuba melarikan kebusukan mereka dengan alasan-alasan yang direyasakan.
Bagaimana kasih dan cintanya Azizah kepada Anwar atas nama suami, maka demikian kasih dan cintanya rakyat kepada Anwar atas nama pemimpin dan video lucah itu hanya baja atau pupuk yang akan menyuburkan lagi iman perjuangan. [ttdi.kl. 7:12 am 04/04/11] - MSO