Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 9, 2011

JAWAPAN BODOH DARI NAJIB



PM: Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh

Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM.

"Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement.

"Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan
segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara.

Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini. [SETERUSNYA]


Fortran@
kahkahkah
dah bangang ke apa najib ni
teoh mati jatuh bangunan sprm
sarbani pon mati jatuh bangunan sprm
takkan lah sarbani pegi sprm tanpa di panggil
lagi najib cakap sprm siasat sebab nak selamatkan wang negara
dia sedarkah apa yang dia cakap?
kalau pegawai kastam, polis, dan lain-lain ambek rasuah pon bukannya sampai beratus-ratus juta
apasal tak siasat menteri atau diri dia sendiri
apa punya banggang lah najib ni
orang minta tubuhkan suruhanjaya siasat kes ni
dia cakap buang duit rakyat
pasal kes video lucah terhegeh-hegeh nak buat suruhanjaya
memang betul video tu tulen
tapi yang tak tulen adalah pelakon dalam video tu
dalam video tak ada janggut
tapi keesokkannya di mahkamah ada janggut. kahkahkah
ni komen dari pembaca
"cara jawab najib lain macam jer...mcm nak selamatkan sesuatu dari kematian seseorang...ia tidak berbyi nada sedih tapi nada kelgaan dengan alasan nak selamatkan harta rakyat..apakah ada dalang yang lebih besar dengan kehilangan wang berbilon ringgit yang di ketahui oleh si mangsa sehingga mangsa terpasa mati mengejut. umno tetap umno..dia peduli apa hak rakyat."


baca yang ni pula



Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil


Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham. [SETERUSNYA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular