Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

Fitnah : Kesilapan/kelemahan datang dari Anwar sendiri


Serangan fitnah dasyat terhadap Anwar Ibrahim yang bertali arus entah bila agaknya akan terhenti, namun hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui mengapa ujian dasyat dan teruk ini terus menimpa Anwar. Apapun Anwar selaku seorang yang teraniaya tidak boleh terus membiarkan mahupun mendedahkan diri beliau dari sebarang tuduhan-tuduhan jahat terhadap dirinya.

Mulai saat ini Anwar perlu menilai semula tindak tanduk beliau dalam menghadapi UMNO yang begitu memusuhinya serta sanggup melakukan apa sahaja demi menghalang kebangkitan Anwar dalam dunia politik. Mungkin Anwar seorang yang berani dan terlalu berani menghadapi gergasi yang bernama UMNO. Mungkin juga keberanian Anwar ini membuatkan UMNO lagi menjadi lebih berani dalam mencipta pelbagai fitnah jahat untuk dihamburkan kepada Anwar. Dalam hal ini Anwar rasanya sudah arif akan tindakan UMNO dalam berhadapan musuh politik mereka apa tidaknya dalam masa 13 tahun ini UMNO berterusan menyerang Anwar dengan pelbagai tuduhan dari pelbagai sudut. Namun Anwar nampaknya semakin degil dengan keberaniannya sehingga terlupa akan lubang-lubang kecil yang telah terdedah tentang gerak-gerinya dari segi masa, tempat dan keadaan.

Pihak musuh telah berjaya menyelinap masuk lubang-lubang kecil gerak geri Anwar melalui ejen-ejen atau pejuangan berani mati bagi pihak mereka dalam mengenakan Anwar. Itulah kelemahan yang dihidu oleh musuh dalam memerangkap Anwar untuk dikaitkan dengan sesuatu tuduhan. Itu jelas.

Jika kita perhalusi seperti isu tuduhan kes liwat 2 pihak musuh berjaya melakukan memanipulasi dari sudut masa, tempat dan keadaan Anwar bagi menjadikan kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Walaupun Anwar telah mula menunjukkan alibi beliau namun pihak musuh telah berjaya mewujudkan keadaan prejudis umum terhadap Anwar dan itulah matlamat sebenarnya. Soal benar atau salah sudut tidak menjadi perkara penting. Kerana prejudis telah berjaya diwujudkan dalam mengelirukan rakyat akan kesahihan dakwaan tersebut. Dalam kes ini jelas bahawa segala pergerakan Anwar telah berjaya diketahui 100% oleh ejen yang dihantar. Jelas bahawa segala maklumat rahsia mengenai pergerakan Anwar dan PKR telah bocor sama sekali. Di sini Anwar kelihatan gagal dalam memastikan perancangan beliau adalah rahsia dan bahaya jika diketahui umum atau pihak musuh. Dalam kes liwat 2 ini Anwar mula membuktikan alibi beliau pada keadaan pembuktian tersebut sudah lemah kerana kekeliruan telah berjaya dicipta.

Dalam dakwaan yang terbaru iaitu isu rakaman video seks yang didakwa bahawa Anwar adalah pelakunya ini sekali lagi Anwar diperangkap dalam keadaan yang sama malah lebih teruk dari kes liwat 2. Ini kerana walaupun tuduhan tersebut tidak masuk akal dan banyak yang lemah namun waktu tuduhan perlakuan itu berlaku kebetulan Anwar berada di rumah bersama keluarga. Tetapi jika waktu tersebut Anwar berada di luar negara atau pergi berceramah sudah tentunya Anwar mempunyai alibi yang cukup kuat dan dikira menang tanpa berperang dan tidak perlu bersusah payah untuk melakukan penafian yang dilihat berjaya diragukan oleh UMNO melalui media mereka dalam memanipulasi keadaan bagi membingungkan rakyat mengenai tuduhan tersebut.

Pihak Anwar telah membuktikan bahawa masa tersebut Anwar juga sedang bertweeter di internet. Tetapi UMNO melalui akhbar mereka berjaya sekali lagi melakukan kekeliruan umum dalam membentuk prejudis  terhadap Anwar. Cabaran pihak Datuk T supaya mewujudkan suruhanjaya Di Raja menunjukkan mereka yakin mereka akan selamat dan telah berjaya memerangkap Anwar. Nah sekarang rakaman video tersebut telah tersebar luas  dalam internet dan begitu bijak pihak musuh hanya post babak yang jelas memperlihatkan individu tersebut berwajah Anwar Ibrahim walaupun susuk tubuhnya jauh berbeza sekali selain faktor lain yang meragukan. Dalam isu rakaman vidoe seks ini jelas sekali lagi pihak musuh mengetahui Anwar sememangnya berada di rumah dan masa tersebut adalah sesuai untuk melakukan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan hubungan seks kerana dakwaan Anwar bahawa beliau memang di rumah adalah amat lemah kerana sukar untuk meyakinkan pihak umum yang sememangnya menjadi sasaran UMNO dalam mewujudkan kekeliruan dan prejudis kepada rakyat terhadap Anwar dalam kes terbaru ini.

Sememangnya tuduhan terbaru ini amat berat untuk dihadapi oleh Anwar. Pada mulanya ia berpihak kepada si penuduh selepas itu kepada Anwar setelah Johari Abdul membuat pengakuan di sebalik pendedahan video tersebut namun setelah suku daripada sedutan babak rakaman aski seks tersebut mula tersebar luas maka ia sudah mula tidak berpihak kepada Anwar kerana babak yang ditunjukkan adalah babak muka pelaku yang mirip wajah Anwar. 

Sekarang ini adalah masa bagi Anwar berfikir panjang lagi bijaksana dalam menghadapi fitnah baru yang maha  dasyat ini. Cukuplah jangan tersilap langkah lagi. Adalah jelas bahawa dalam PKR masih ada musuh dalam selimut yang menjadi ejen dalam memerhati segala pergerakan Anwar selama 24 jam. Anwar perlu bersikap trust no one mulai sangat ini. Dalam PKR masih ramai yang menjadi talibarut dalam usaha menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular