Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

Belum lagi.. Lepas PRN Serawak kut !!!!!

Belum hasrat naik harga Ron 95


KUALA LUMPUR - Kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol Ron 95 dalam tempoh terdekat, walaupun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. 

Siang Chai berkata, kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan hanya menaikkan harga minyak Ron 97. 

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memberi jaminan harga minyak Ron 95 akan terus kekal, ini disebabkan harga bahan api dalam pasaran dunia itu adalah tinggi sehingga mencecah AS$108 setong,” katanya menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai langkah kerajaan berikutan kenaikan harga petrol Ron 97 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. 

Kenaikan petrol Ron 97 dengan harga baru dijual pada RM2.70 seliter bermula 1 April lalu, bagaimanapun tidak melibatkan Ron 95 dan bahan api lain di negara ini. 

Pada 31 Januari lalu, harga Ron 97 yang diapung mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. 

Menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai jumlah perbelanjaan kos subsidi terpaksa ditanggung kerajaan dalam memastikan harga barangan kekal rendah di pasaran, Lim berkata, sejumlah RM23.1 bilion diperuntukkan untuk subsidi, insentif dan bantuan pada tahun: lalu. 

Menerusi jumlah itu, menurutnya, sebanyak RM14.2 bilion adalah untuk subsidi dan RM543.6 juta bagi insentif, manakala RM8.4 bilion untuk bantuan. 

“Daripada RM14.2 bilion perbelanjaan subsidi itu, sebanyak RM11.5 bilion atau 81 peratus dibelanjakan untuk memastikan harga barangan tertentu berada di bawah harga pasaran. 

"Subsidi itu seperti bahan api, petrol, diesel dan Gas memasak (LPG) sebanyak RM9.6 bilion, skim penstabilan minyak masak (RM828 juta), subsidi gula RM708.2 juta, subsidi beras (RM287.9 juta) dan tepung gandum (RM888.2 juta),” katanya. 

Beliau berkata, hasil Program Rasionalisasi Subsidi yang dimulakan pada 16 Julai tahun lalu melibatkan subsidi gula dan bahan api, kerajaan telah dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta pada tahun lalu. 

“Program seterusnya dilaksanakan pada 4 Disember tahun lalu melibatkan subsidi bagi kedua bahan yang sama dan langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM1.18 bilion,” katanya. - Bernama 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular