Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 4, 2011

Ada Makna Tu!!!!


Zahrain mula berjinak-jinak dengan Najib, ada makna tu…

WarkahDaily – ‘Intim’ nampak si Zahrain bekas MP PKR tu dengan PM Najib. Macam ada makna je. Tambah-tambah lagi dah dekat-dekat pilihanraya umum dah ni. Si Zahrain selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang tak pasal-pasal pulak menjemput Perdana Menteri datang melancarkan jersi baru pasukan selain melancarkan pasukan bola sepak Pulau Pinang 1Malaysia.

Najib menunjukkan jersi Pulau Pinang yang tertera nama Najib sambil diperhatikan Zahrain. | foto SH
Wuih…ada 1Malaysia pulak tu. Mengampu nampak!

Kenapa perlu Najib, bukannya pemimpin negeri? Siapa Najib sehingga pasukan negeri pun nak diminta Najib pi lancarkan? Mesti si Zahrain ni ada apa-apa kot. Tambah letak logo 1Malaysia kat jersi pasukan lagi tu.

Sempena lawatan sehari Najib ke Pulau Pinang, Najib beranggapan BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

Mungkin si Zahrain mahu menjadi sebahagian daripada yang terlibat dalam percaturan menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang tu. Dengan kata lain, mahu mengharapkan dirinya akan dihargai Najib dan untung nasib badan, dirinya akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang atas tiket BN. Nak menang atas tiket bebas, jawabnya hilang wang pertaruhan ler. Itu memberi aib kepada beliau. Berjaya ke Zahrain? Ada ke ketua bahagian Umno yang mahu memberi laluan mudah kepada Zahrain?

Sempena lawatan itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi penghormatan oleh Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim untuk melancarkan jersi baru pasukan Pulau Pinang dan lagu bola sepak kebangsaan yang digubah komposer terkenal, Datuk Wah Idris selain melancarkan pasukan bola sepak Pulau Pinang 1Malaysia ketika majlis makan malam perdana anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), kelmarin.

Pasukan ntah ke mana, asyik kalah je, gimik je lebih, gaji pemain dah habis ke belum bayar ntah. Itulah bila pemimpin persatuan diberi kepada orang yang suka bermain politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular