Grab the widget  IWeb Gator

Monday, April 4, 2011

enam persoalan selepas menonton video Konspirasi Seri Carcosa Negara

Politik paling jijik dalam sejarah tanah air demi kerakusan kuasa



Ada enam persoalan yang ditimbulkan oleh Nik Nazmi selepas menonton video Konspirasi Seri Carcosa Negara:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Dalam banyak-banyak persoalan itu saya tertarik dengan persoalan nombor 4. Mengapa tertera “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”? Bukankah itu frasa hak cipta yang lazimnya terdapat pada sesebuah filem? 

Adakah video seks ini sebuah filem lucah yang dibikin di Thailand? 

Bagaimana polis boleh mengesahkan video ini tulen tanpa menjawab persoalan frasa hak cipta ini? 

Kenderaan apakah yang dinaiki Anwar Ibrahim untuk berulang-alik KL-BANGKOK-KL dalam masa dua jam? Banyak mahu dipersoalkan. Cukuplah!!!
Baca selanjutnya di ( SINI )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular