Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 7, 2011

Angin perubahan bertiup kencang di Sarawak


Penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 10 telah pun selesai semalam. Sejak selepas jam 1 petang semalam sehinggalah membawa ke tengah malam 15 April parti-parti yang bertanding akan berkempen bagi meyakinkan rakyat Sarawak agar mengundi calon-calon mereka pada hari mengundi 16 April nanti.


Hari penamaan calon semalam menampakkan permulaan yang kelam buat demokrasi di Malaysia apabila terdapat beberapa insiden berat sebelah dan pincang yang banyak condong dan menyebelahi BN negeri.

Seorang pemimpin PKR contohnya dalam tweet beliau menyebut bahawa SPR sudah sah menjadi sebuah komponan BN hari ini. Di Muara Tuang dimana calon PAS bertanding terdapat kekeliruan dan menjadi tegang apabila SPR mengambil masa yang terlalu lama untuk memberi respon terhadap bantahan PAS sehingga melewati jam 1 petang.

Apa pun bagi saya penamaan calon semalam menampakkan petanda baik buat Pakatan Rakyat khasnya kerana tercatat beberapa perkembangan positif yang tidak pernah berlaku dalam pilihanraya di Sarawak sebelum ini. Yang pertama dan paling ketara buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negeri tersebut terdapat pertandingan dikesemua 71 kerusi yang dipertandingkan. Taida lagi calon BN yang menang tanpa bertanding seperti sebelum ini.

Juga penamaan calon semalam mencatatkan bilangan calon yang menawarkan diri paling ramai dalam sejarah Sarawak juga iaitu seramai 213 orang calon. Semoga dengan perkembangan ini rakyat Sarawak dapat membuat pilihan yang terbaik dan semoga hanya yang baik-baik akan naik terpilih kali ini.

Begitu juga perarakan calon-calon PR kali ini ternyata lebih bertenaga malah menurut laporan perarakan calon DAP ada diantaranya lebih besar bialngannya dari calon BN!

Sekarang segala-galanya terletak pada rakyat Sarawak untuk menentukan. Semoga mereka bijak memilih dan tidak lagi mengekalkan pimpinan yang rasuah dan salahguna kausa. n32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular