Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 5, 2011

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T


SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.
“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan  Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan,” ujarnya.
“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.
 Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10648
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular