Politik lucah masih terus menjadi amalan gerombolan songkok tinggi termasuk blogger-blogger dan anak didik mereka. Mungkin dianggap sebagai character assasination atau mungkin sekadar melampiaskan hobi mereka yang sememangnya gemar memfitnah.
Sejak kebelakangan ini gerombolan blogger songkok tinggi rancak menjaja cerita di dalam blog-blog mereka kononnya salah seorang blogger pakatan rakyat yang juga lebih dikenali sebagai Topeng Perak Unmasked sebagai seorang kaki pelacur. Isu ini dilihat sudah dijaja lebih dari seminggu di blog-blog gerombolan songkok tinggi
Mereka juga memaparkan bukti kukuh (mereka anggap sebagai bukti kukuh) iaitu berupa sekeping gambar Blogger tersebut (Topeng Perak) bersama dengan dua orang pelacur cina (kata gerombolan). Di bawah ini salah satu screenshot yang diambil dari salah satu blog gerombolan songkok tinggi.
Selepas ini anda semua harus berhati-hati apabila bergambar. Jika anda ada mengambil gambar begini, maka terbuktilah anda sebagai seorang kaki pelacur. Inilah gaya pejuang Islam gerombolan songkok tinggi.
ReJaM© "Kalau dikuat kuasakan undang-undang qazaf pada diorang ni semua, mampos kena sebat sorang 80 kali"