Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 6, 2011

Arman Wira Perkasa : Mana Ibrahim Ali ni

Arman Azha...Kecewa dengan Perkasa?

WarkahDaily – Mana Ibrahim Ali ni...bekas ketua Wira Perkasa hang tu dah tempelak hang dan hang punya Perkasa dah tu kot.

Lapor The Malaysian Insider, Arman Azha Abu Hanifah mendakwa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak ‘cergas’ dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu.

Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi ‘polemik’ sejak kebelakangan ini.

“Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara dengan saya dulu,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.

“Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?” kata Arman Azha lagi.

Arman Azha mengumumkan keputusan melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa Rabu lalu atas alasan mahu aktif dalam politik.

Selain soal Alkitab, kata beliau, beberapa isu lain termasuk yang berkaitan dengan usaha pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur juga tidak dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

Katanya beliau ada mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan Kampung Baru awal minggu ini.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara ini enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang dimaksudkan itu.

“Saya tidak mahu sebutkan, tidak...,” katanya.

Sebelum ini, Perkasa begitu lantang konon perjuangkan Melayu dan Islam, tapi kini...
“Memang ketika di Perkasa, saya ada wujudkan kerjasama dalam membawa isu-isu berkaitan dengan orang Melayu tetapi apabila saya sudah tidak ada, mereka sepatutnya boleh lakukan... tetapi nampaknya mereka perlukan satu dorongan untuk bergerak ke depan (membawa isu),” kata beliau lagi.

Sehubungan itu kata Azman Azha, beliau memberi masa sehingga Jumaat ini kepada pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu terbabit untuk membawa isu semasa khususnya yang berkaitan dengan Alkitab.

“Saya beri masa sehingga Jumaat ini, kalau tiada perubahan saya akan membuat pendirian pada minggu depan,” katanya lagi.

Sebelum ini, memang Perkasa selalu duk riuh sekampung pasal kepentingan orang Melayu dan Islam, konon perjuangkan orang Melayu dan Islam.

Jadi, nampak sangat apa yang ditempelak tu terkena kat Perkasa dan kepala Ibrahim Ali yang sebelum ini begitu lantang perjuangkan Melayu dan bumiputera. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular