(Wawancara R.A. Kartini, seorang mahasiswa di sebuah universiti dengan kader veteran PKM, Affandi atau Ah An, pernah disiarkan di blog http://tongkatbahaman.com.)
Affandi |
R.A Kartini: Bagaimana perasaan saudara ketika dalam pasukan yang berjuang untuk menghalau penjajah tetapi telah dianggap sebagai pengganas dan musuh kepada rakyat sedangkan pada waktu ini perajurit PKM mendapat sokongan yang begitu kuat dari rakyat.
Sdr. Affandi: Bagi menjelaskan soal pengganas ini saya rasa perlu ada huraian yang agak panjang lebar. Soal yang ringkasnya mungkin kita perlu banyak huraian iaitu perjuangan kita untuk kemerdekaan tanah air untuk membela kepentingan rakyat; ini perlu banyak huraian. Walaupun begitu, soal pengganas ini sebenarnya timbul dari soal politik. Kita perlu tinjau dari beberapa segi, pertama harus diakui ini satu perang bukan satu gerakan pemberontakkan. Ringkas begitu saja. Namanya pun kita namakan Perang Pembebasan Nasional Anti British. Ini di pihak kita.
Semua perang ada dua segi dan dua pihak; Perang yang adil dan perang yang tidak adil, ertinya satu perang mengandungi dua masalah. Macam Jepun menyerang negeri kita, kita melawan Jepun dari pihak Jepun perangnya perang tidak adil kerana perang untuk menekan dan menguasai negara orang. Bagi pihak kita pula ia adalah perang yang adil kerana perang kita adalah perang untuk membela tanah air.
Kita perlu jelaskan ini. Jangan pandang ke depan sahaja. Perang dalam segala perang mengandungi dua aspek; adil dan tidak adil. Tentang perang ini juga ada satu hujah yang terkenal dari seorang ahli teori Jerman – Clausewitz. Dia ada satu hujah. Hujah yang terkenal di dunia iaitu perang hanyalah satu kelanjutan daripada politik. Apa yang dimaksudkan satu kelanjutan politik ialah kerana kita juga perlu bertanya apa sebab perang ini timbul. Ia timbul kerana soal-soal poltik yang tidak dapat diselesaikan dengan cara aman maka timbullah perang. Ini memanglah benar...
Clausewitz menarik kesimpulan ini setelah beliau mengkaji beberapa ratus perang sejak zaman dahulu kala lagi. Mudah kita faham seperti soal kemerdekaan ini... politik bukan perang. Soal kita hendak mendirikan kerajaan sendiri, hendak merdeka ini adalah soal politik dan bukan perang. Tapi di pihak British, mereka tidak membenarkan kita menuntut kemerdekaan. Dia menghisytiharkan darurat untuk menangkap semua orang yang menuntut kemerdekaan bukan sahaja anggota PKM, maka pihak yang hendak merdeka terpaksalah memberontak dan melancarkan perang pembebasan nasional untuk mencapai kemerdekaan. Ini ertinya perang adalah satu kelanjutan daripada politik. Bagi British mereka ingin mempertahankan pemerintahannya. Dalam konteks ini pemerintahan adalah soal politik. Maka dia melancarkan tekanan dan melancarkan perang penjajah melawan kita... Jadi kalau kita tinjau dari definisi atau tafsir tentang perang dan kita lihat dari ilmu politik tentang perang kesimpulannya ialah perang ini adalah satu keganasan. Sebabnya, kerana perang kalau bukan kamu mati kami yang mati. Ia menentukan hidup dan mati, tentulah dengan segala daya upaya untuk menghapuskan pihak lawan. Tidak kira pihak mana sekali pun ! Keganasan itu bukan satu pihak. Dua dua pihak sama bukan !
Jadi manakala satu pihak kalah, kalau kalah pula sudah tentu tidak ada pilihan dan kita perlu lawan dengan keganasan bukan kerana kita mahu tetapi kita terpaksa. Jadi keganasan ini bukan satu pihak. Kedua-dua pihak adalah sama. Alasan dia menuduh kita ganas tidak perlu timbul kerana perang itu sendiri satu keganasan. Kalau kita berperang dengan sopan mana jadi perang. Ini satu hakikat. Jadi apabila dia menuduh kita pengganas boleh dilihat dari dua tujuan juga. Satu dari maksudnya bahawa, dia tidak mengakui ini sebagai satu perang walaupun sebenarnya ia satu perang. Jika British mengishtiharkan sebagai perang maka sudah tentu dia perlu mengeluarkan banyak ganti rugi bagi harta-harta yang musnah dalam perang. Maka dia kata ini bukan perang.... sebaliknya ini menghapuskan pengganas ! British sangat licik dalam segala tindakannya...! Dia menuduh kita pengganas. Apa buktinya dia kata kita pengganas mungkin yang dapat ditunjukkan ialah seperti tindakan membakar kenderaan milik British, merosakan jalan keretapi yang mengangkut bijih dan getah ke pelabuhan memotong dan merosakkan pokok-pokok getah milik British. Ini yang dia mampu tunjukkan tetapi perkara ini memang diakui satu kesilapan atau kesalahan. Perkara ini berlaku dalam satu dua tahun sekitar tahun 1950. Namun kemudian Jawatankuasa Pusat PKM telah membuat ulangkaji tentang kesalahan ini dan telah membuat satu keputusan pada 1 oktober 1950. Satu keputusan resmi telah diedarkan ke semua pasukan. Kalau kita baca buku Chin Peng My Side of History ada disebut perkara ini. Pesuruhjaya Tinggi British Gerald Templer telah dapat merampas dokumen ini dan tidak mengedarkan dokumen ini sebaliknya dia mati-matian menutup perkara ini sampai-sampai ada seorang wartawan Inggeris juga menyiarkan berita ini di England. Maka dia sangat marah hingga bertindak memecat wartawan ini. Tuduhan pengganas terhadap PKM itu seperti menegakkan benang basah. Tidak dapat mempertahankan tuduhan ini lagi, sebab itu dia mati-matian menutup perkara ini supaya tidak diketahui oleh umum. Ini telah cukup menunjukkan jahatnya dan maksudnya menuduh PKM sebagai pengganas.
Ini satu segi. Dari segi lain kita boleh beralih pula kepada kenyataan-kenyataan konkrit. Kita boleh tunjukkan pembunuhan dan penyembelihan tentera British ke atas rakyat di Batang Kali. Kemudian menghalau dan memindah secara paksa setengah juta rakyat di kampung-kampung dan rumah-rumah mereka juga telah dibakar. Apa yang dikatakan kampung-kampung baru. Sebenarnya ketika itu sebahagian golongan dijaga ketat oleh tentera. Askar-askar British memancung kepala pejuang merdeka yang dibunuhnya sebagai contoh untuk menunjukkan kepala Chin Peng sebagai satu hiburan. Bagaimana ini ! siapa pengganas sebenarnya ? Apakah tentera PKM ada berbuat begini... tidak ! Sebaliknya tentera kita apabila dalam pertempuran kalau mendapat kemenangan dan mendapat tawanan, tawanan itu kita ubati dan kemudian kita bebaskan semuanya. Contoh yang jelas dapat kita ikuti dalam buku Abdullah CD kisah pertempuran di Jalan Chenor. Beberapa tawanan di bebaskan begitu juga dalam pertempuran di ulu Semur Kelantan, tentera kita dapat kemenangan besar dan menawan 14 askar termasuk seorang pegawai tetapi semuanya diubati dan dibebaskan.
R.A Kartini: Saudara, bagaimana hubungan perajurit PKM, maksud saya cara mereka mendekati dan berkhidmat kepada rakyat?
Saudara Afandi: Dari satu segi sifat yang jelas pada perjuangan kita hanya satu yang padu iaitu untuk rakyat, untuk tanah air dan untuk membebaskan Malaya dari penjajah Inggeris. Kalau ada kesempatan, para perajurit kita akan menjalin hubungan dan membantu apa-apa yang dapat dibantu. Bantuan ini adalah kerana semangat perajurit yang telah sebati bahawa mereka perlu bekerja dan berjuang demi rakyat dan mementingkan kebajikan rakyat. Kisah pengorbanan perajurit-perajurit kita di kampung Belum mungkin boleh dijadikan satu contoh begitu juga ketika berada di sempadan, bila saja ada peluang para perajurit PKM akan bersama rakyat, menyusun massa dan membantu mereka menghadapi masalah termasuk mengubati sakit demam dan bergotong royong membersihkan kampung, bercucuk tanam malah membantu mereka membangunkan masjid dan sebagainya. Kerja-kerja ini secara langsung dapat meringankan bebanan rakyat kaum tani.
Kesimpulannya perajurit itu berjiwa rakyat dan berjuang demi rakyat. Yang penting bagi Perajurit PKM tuduhan pengganas itu tidak datang dari rakyat. Tuduhan pengganas oleh penjajah Inggeris itu bukan suatu yang sangat janggal kerana ini salah satu strategi kuasa imperialis ini untuk terus mengekalkan kuasanya di Malaya.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com