KUALA LUMPUR: Kajian firma bebas, Mendeka Center menunjukkan majoriti rakyat percaya video fitnah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk membunuh karier politik Ketua Umum KEADILAN itu.
Berdasarkan kajian terhadap 504 responden, sebanyak 39 peratus percaya ia didalangi Umno Barisan Nasional (BN) berbanding 18 peratus menganggap parti pemerintah itu tidak terlibat. Sebanyak 38 peratus pula menyatakan mereka tidak tahu.
Dalam kajian sama, 45 peratus pasti Anwar adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 20 peratus mengatakan tidak pasti dan enam peratus enggan memberi ulasan.
Sebanyak 39 peratus juga percaya video fitnah itu muncul untuk memusnahkan karier politik Anwar manakala 24 peratus tidak pasti dan 22 peratus percaya ia bertujuan mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak, laporThe Malaysian Insider.
Hanya sembilan peratus mengatakan ia sebahagian usaha untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus menganggap ia tulen.
Seramai 51 peratus tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman itu manakala 29 peratus tidak pasti dan cuma 17 peratus percaya.
Kajian itu dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu dengan 59 peratus responden adalah Melayu, 32 peratus (Cina) dan sembilan peratus (India).
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10516