Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 16, 2011

TERKINI : Datuk Peter Pang digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun Musa berkata, Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini, hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September tahun lalu selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular