Bermimpi warna hijau dan putih : Sekumpulan paderi bertemu Muryidul Am PAS
Dalam satu perjumpaan ketua-ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Selangor baru-baru ini seorang paderi dari sebuah gereja di Klang menceritakan pengalamannya bagaimana dia seorang paderi boleh terlibat menyokong dan menyertai DHPP.
Katanya dia telah melihat banyak berlaku kejahatan di sana-sini dan ini amat merisaukannya. Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri kita dalam negara yang penuh pancaroba ini.
Penipuan berleluasa, rasuah perkara biasa, keruntuhan masyarakat terutamanya golongan muda amat membimbangkan. Manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari segala-galanya.
Penipuan berleluasa, rasuah perkara biasa, keruntuhan masyarakat terutamanya golongan muda amat membimbangkan. Manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari segala-galanya.
Kerisauan yang mendalam itu menyebabkan dia sering bermohon kepada Tuhan agar menyelamatkannya daripada segala dugaan dan memberikannya petunjuk. Pada satu hari dia bermimpi melihat dua warna. Satu hijau dan satu lagi putih.
Mimpi itu sentiasa bermain di kepalanya dan puas dia memikirkan apa maksud mimpi tersebut. Pada suatu hari ketika dia menaiki kereta yang dipandu oleh anaknya, dia menceritakan tentang mimpi itu kepada anaknya. Dengan spontan anaknya menjawab "itu lambang Parti PAS !".
Paderi itu terus terdiam dan tidak bertanya lagi. Selama ini dia sentiasa mengelakkan dirinya daripada politik. Dia tidak mahu ambil tahu hal politik. Biarlah dia dengan usahanya sebagai paderi mangajak manusia berbuat baik dan tidak perlu masuk campur hal politik.
Pada satu perjumpaan dengan paderi-paderi di gerejanya, dia berkongsi tentang mimpi yang menghantuinya dengan mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila mereka semua mengalami mimpi yang serupa.
Apabila diselidiki makna mimpi 2 warna itu, tiada perkara lain yang mereka jumpa melainkan semuanya memberi erti lambang Parti Pas.
Apabila diselidiki makna mimpi 2 warna itu, tiada perkara lain yang mereka jumpa melainkan semuanya memberi erti lambang Parti Pas.
Akhirnya mereka semua bertekad untuk pergi berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan bertolak ke Kelantan dengan bas beramai-ramai. Untuk meringkaskan cerita maka bertemulah mereka semua dengan Nik Aziz dan berceritalah Ketua Paderi pada Nik Aziz tentang mimpi mereka semua.
Maka Nik Aziz menyambutnya dengan mesra dan gembira sekali seraya berkata memang itulah matlamatnya dan juga matlamat parti PAS.
Kita mestilah berjuang bagi menegakkan keadilan. Kita mestilah berusaha memastikan rasuah ditolak dan dibenci, kejujuran wajib dijadikan sebagai identiti masyarakat dan juga pemimpin.
Kita mestilah berjuang bagi menegakkan keadilan. Kita mestilah berusaha memastikan rasuah ditolak dan dibenci, kejujuran wajib dijadikan sebagai identiti masyarakat dan juga pemimpin.
Kita perlu berusaha meruntuhkan kerosakan moral yang menular keseluruh pelusuk masyarakat negara kita. Kita mesti mengingatkan manusia bahawa harta kekayaan bukanlah matlamat hidup kita sehingga kita sanggup menggadaikan maruah.
Kita perlu menginsafkan para pemimpin kita bahawa kuasa adalah amanah untuk kita gunakan bagi menegakkan keadilan kepada masyarakat. Memang itulah matlamat PAS selama ini.
Kita perlu menginsafkan para pemimpin kita bahawa kuasa adalah amanah untuk kita gunakan bagi menegakkan keadilan kepada masyarakat. Memang itulah matlamat PAS selama ini.
Maka pulanglah kesemua paderi tersebut ke Klang dan seterusnya keseluruhan ahli gereja mereka turut sama menuruti jejak pemimpin gereja mereka dan tertubuhlah satu lagi cawangan Dewan Himpunan Penyokong Pas di Klang.
Warta Subhi