Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Polis siasat Rosmah??


KUALA LUMPUR: Suara Keadilan – akhbar rasmi terbitan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) versi terbitan tidak berkala, muncul kembali dengan pendedahan hangat apabila pegawai penyiasat yang juga saksi perbicaraan Fitnah II mengaku beliau merekodkan keterangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika menyiasat kes tersebut.

Laporan berhubung ketakutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga dimuatkan apabila beliau mengesahkan bahawa Rosmah adalah Wanita Pertama atau ‘First Lady’ sekaligus mengenepikan amalan dan protokol.

Suara Keadilan juga menyiarkan laporan khas dari Sabah dan Sarawak sempena Konvensyen KEADILAN di negeri itu yang masing-masing berlangsung serentak pada 12 Mac lalu.

Turut dimuatkan, berita mengenai Ahli Parlimen yang belot dan menerima habuan sebanyak RM3.4 juta bagi melunaskan hutang bayaran tanah.
Edisi kali ini mengandungi wawancara khas dua halaman bersama Pengerusi Jawatankuasa Khas (Undi Pos) Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat mengupas isu pengundi pos.

Pelbagai program kepartian dan ceramah juga tidak terlepas dari tumpuan lensa dan pena warga Suara Keadilan.

Seperti lazim, berita negeri Pakatan, mahkamah, rencana semasa, kolum dari Brickfields terus menghiasi akhbar ini.

Tentunya, kenyataan dan amanat dari pimpinan KEADILAN terkandung dalam akhbar ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8969
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular