Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya?

Maklumat yang diperolehi daripada salah sebuah blogger pro Barisan Nasional, gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya Saribuu akan didedahkan oleh Raja Petra. Sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan, apa pun kita tunggu dan lihat.

Mungkinkah gambar milik Raja Petra akan meletup lebih kuat daripada letupan bom C4 yang digunakan untuk membunuh Altantuya?
Altantuya selama ini sentiasa menjadi mimpi ngeri Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Sejauh mana keterlibatan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya tidak dapat dipastikan secara khusus. Namun terdapat banyak bukti-bukti yang perlu disiasat kerana rakyat dahagakan kebenaran.

Maka, Najib tidak boleh tidak akan berhempas pulas, akan bermati-matian untuk memenangi PRU 13. Jika Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, nescaya Najib seperti kata Lee Kuan Yew di Wikileaks, akan diseret ke muka pengadilan untuk disiasat. Salah atau tidak tidak diketahui lagi, namun SIASAT TETAP SIASAT!

Sekarang ni, bagi sejuta bukti pun tak guna, ketar lutut Polis nak siasat Najib dan Rosmah sebab dia masih lagi Perdana Menteri. Bak kata Khir Toyo, "Bila pokok sudah rebah, kura-kura pun boleh panjat". Itulah yang terjadi kepada Khir Toyo, dulu bukan main kebal, sekali hilang jawatan, kantoi semua kau punya rasuah.

ReJaM© "Sama-sama kita nantikan pukul 3 petang nanti..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/gambar-rosmah-mansor-di-lokasi.html#ixzz1GgsI3aWF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular